Menghabiskan stok jagung yang bbeli masa MAHA 2016
PUDING JAGUNG MANIS
1cawan tepung kastad
1 kotak santan- tambah air jadikan 2 cawan santan
1 tin susu cair + air jadikan 3 cawan susu
1 1/2 cawan gula
1 tingkol jagung manis
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen jagung / vanila
Hiris jagung manis ambil isinya sahaja
Sukat tepung kastad.
Bancuh tepung jagung dengan 2 cawan santan
Isi jagung di blend bersama 3 cawan susu dan tapis..buang hampasnya.
Air susu berjagung tadi dimasak hingg hampir mendidih..
Tuang susu berjagung yang panas kedalam tepungbkastad tang sudah dibancuh dsngan santan sambil dikacau..
Tuang semula ke dalam periuk tadi dan campur gula garam dan esen...
Kacau hingg likat dan meletup2 seperti kawah gunung berapi .
Tuang dalam acuan dan sejukkan...
Bila sejuk keluarkan dari acuan dan hias..
No comments:
Post a Comment