Semalam nyer...
Mak aku kalau masak laksa
Mesti laksa lemak kari ni..
Dah banyak entri pasal laksa ni .
Selalu mak aku soh aku tulis Laksa Kuah Lemak Utara..
Hari ni Laksa Kuah Lemak Kedah plak .
Ada beza ker. ?
Mmm...mak aku kata sama jer..
Cuna selalu tu guna laksa siam yang halus..
Hari ni gu a laksa biasa yang besar sikit...
Mak aku jarang masak laksa yang macam beli kat pasar malam tu..
Mak aku cakap yang tu LaksA Asam.. a.k.a Laksa Penang
Selalu memang mak aku akan masak Laksa kuah camni..
Mak aku cakap kalau nak makan laksa asam..Achik masak lagi sedap..
Lagi pun mak aku kata sebab nak elak elergi belacan..
Laksa Kuah Lemak ni xde guna balacan..
Oooooo....
Mak aku nyer...
Kalau makan laksa mak aku mesti guna pinggan...x guna mangkuk..
Kata mak aku nak feel makan laksa kat Kedah yang memang guna pinggan..
Aku pun x tau naper kalau makan laksa kat Kedah..makan laksa kat kedai selalunya dihidangkan dalam pinggan. .
Tapi mak aku cakap kena la guna pinggan yang boleh isi kuah la..
Bukan pinggan macam untuk dinner yang flat tu..
Hari ni nyer laksa mak aku cakap lebih banyak ulam...
Lagi kick !!
Tu kata mak aku ..
Mmmm..aku x kisah pun sebab kalau makan laksa aku just bubuh laksa..kuah dan timun jew..Lain2 aku x suka.
Walaupun aku suka ulam..
Hanya kalau makan ngan nasi jer..
Kalau ngan laksa aku rasa ulam2 tu mengganggu..
Rasa tersangkut jer kat tekak..
Mungkin sebab ulam tu dah dihiris halus kot..
Tapi mak aku makan tengok ok jew .
Satu lagi mak aku cakap ..makan laksa ni pinggan tu kena sememeh skit baru umph..!!
Xyah control ayu..
Ish...yer ker camtu..?
Selalu kalau aku makan sememeh mak aku marah..!!
mmmm...x faham lah
Kuah pun mak aku cakap kalau masak awal lagi sedap..
Contohnya nak makan esok..malam ni dah masakkan kuah...baru kuahnya sebati dan lebih sedap..
Mak aku cakap..tu juga rahsia Kari Mamak rasa sedap sebab dimasak lebih awal.
Haaa..kalau ada tetamu nak datang esok,malam ni dah boleh masak kuah..
Kari ikan,ayam & daging pun camtu..
Kalau tetamu nak datang lunch esok..
Malam ni masak kari siap2..
Esok panaskan..
Kalau takut ikan hancur,malam ni masak kuah jer dulu..esok panaskan baru masuk ikan..
Confirm tetamu yang makan tu teringat2..!!
LAKSA KUAH LEMAK KEDAH..mak aku
1 paket laksa kering
Bahan Kuah:
1/2 kg ikan -agak-agak 5 ekor ikan selayang
(rebus bersama 3keping asam gelugur)
1 labu bawang besar
1 cawan santan pekat
9 cawan air(sebagai panduan- boleh adjust)
1paket kecil rempah kari ikan(1 1/2 sudu besar)
5 asam keping
1 bunga kantan @5 tangkai daun kesum
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu minyak
Garam secukup rasa
Bahan Ulam:(ikut pilihan sendiri)
- daun selom
- daun putat
- Timun
- bawang besar
- cili padi
- Limau nipis
1. Ikan diasingkan tulangnya..
- Blend isi ikan dengan 4 cawan air.Ketepikan
- Blend pula tulang2 dan kepala ikan dengan 3
3 cawan air..tapis dan campur dalam isi ikan
untuk mudah agak kepekatan kuah nanti.
2. Blend pula bawang besar dengan 1 cawan air hingga halus..ketepikan
3. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih.Kemudian masukkan serbuk kari dengan 1 cawan air ..Masak hingga naik minyak..
4. Masukkan bawang blend dan biar mendidih sekejap supaya sebati dengan serbuk kari.
5. Masukkan bahan isi ikan yang diblend dan masak lagi hingga mendidih.Masukkan juga asam keping,garam dan bunga kantan.
6. Masukkan santan pekat dan kacau sebati..
Biar mendidih perlahan dan rasa asam garamnya..jika kuah terlalu pekat tambah air panas...kerana kuah x perlu terlalu pekat..Bila sejuk kuah akan jadi semakin pekat.y
7. Masuk laksa dalam rice cooker & isi ait hingga tenggelam laksanya..Tekan cook & masak hingga mendidih agak2 45 minit hingga laksa lembut..
AWAS:
Letakkan sudip kayu yang panjang
melintang atas permukaan periuk dan
baru tutup penutupnya biar renggang
supaya tidak meruap ketika mendidih.
KALAU x confident..x payah tutup..
Biar laksa direbus tanpa ditutup
8. Setelah laksa masak angkat dan tuang dalam tapis yang besar..
AWAS...PANAS..!!!
Ulang menyiram air ke atas laksa yang baru dimasak hingga laksa sejuk dan air dari laksa tadi daripada keruh berkanji menjadi jernih..
***Laksa dibiarkan hingga kering airnya dan dibiar dalam tapisan agak-agak 1/2 jam barucdipindahkan dalam bekas lain.
Jika tidak dibiar hingga kering,laksa kurang sedap kerana kalau basah nanti kuah tidak bersalut...Laksa yang basah juga cepat basi..
Ulam untuk laksa..ikut selera..
Tapi mak aku cakap laksa utara ni ulam wajibnya mesti ada daun selom.
Linau nipis juga...sebab untuk seimbangkan rasa lemak..
Ulam lain yang selalu dsediakan oleh nenek..
Mak cakap kalau kat kampung nenek,laksa lemak ni juga sunat ada ulam pucuk putat dan pucuk gajus..
Dah nama pun sunat..so..kalau xde pun xpe..kalau ada lg bagus..!"
Hehehe
Ulam2 tu dihiris halus2..letak berasingan supaya semua orang boleh pilih ulam yang disukai..
Achik cakap 1 lagi laksa yang ngetop kat Kedah ialah Laksa Hadyai..mmm laksa siam
Laksa Hadyai kuah lemak cenggini juga tapi laksanya agak halus macam laksa yang selalu mak aku masak sebelum ni..
Tapi yang uniknya Achim kata Laksa Hadyai akan dihidangkan berasama sedulang ulam2ulaman yang pelbagai seperti ulam raja..tenggek burung..pucuk gajus,taugeh..
Semua ulam2 tu tidak dipotong..dibiarkan sehelai2 dan dihidangkan banyak macam makan ulam dengan nasi..
Aku belum pernah makan laksa yang hidang dengan sedulang ulam macam tu..
Hari tu Achik dah pos pic Laksa Hadyai kat Family Group...tapi dah terdelete...
Acikkkkkkkk....!!!!
Repost pic Laksa Hadyai jappppp !!!!!!
No comments:
Post a Comment