Tuesday, 6 December 2016

KUIH SAGU PANCA WARNA

Kuih Sagu Panca Warna..
Panca warna??
Mak aku kata panca warna tu macam colourfull lar...


Ada warna merah..hijau & plain..
Kuih favourite kakak nih..
Dah selalu mak aku masak kuih ni..


Mak aku cakap kuih sempoi & x banyak bahan..
Hanya guna sagu..gula..pewara & kelapa bergaram..

Sesuai untuk minum petang .
Jamuan..
Dessert...

Mak aku cakap..
Sebab sagu tu tawar...
jernih xde warna & rasa
Kena la tambah gula...pewarna & kelapa


Ni versi cemomot
Mak aku kata sebab isi sagu overdose dalam cawan2 tu...
Tapi dah kuarkan daru cawan tu..gaul kelapa .
xde siapa pun tau cemomot tu..
Yer ker xde yang tau..???
Heeee
Kalau nak senang mak aku kata just masuk dalam loyang & kukus..
Dah sejuk..potong gaul kelapa...
Tapi kalau loyang besar kena la gandakan bahan..
mmm...siapa nak makan banyak2
Sebab x ramai warganegara rumah ni .
Cam biasa la..
Buat guna cawan2 merah yang kecik tu..

KUIH SAGU PANCA WARNA
1 cawan sagu
4 sudu gula
1/4 cawan air
pewarna

kelapa putih + secubit garam

1. Rendam sagu agak2 15minit  hingga kembang
2. Buang air rendaman & campurkan sagu dengan gula & 1/ 4 cawan air
3. Bahagikan beberapa bahagian & campur pewarna yang berbeza
4. Panaskan pengukus & masukkan cawan2 kecil
5. Sudukan sagu kedalam cawan & kukus agak2 20 minit hingga sagu nampak jernih..
6. Sejukkan & keluarkan dari cawan lalu digaul kelapa bergaram.

3 comments: