Sebab mak aku yang masak
Untuk sarapan hari Jumaat
Untuk makan ramai-ramai
Sebab Nenek..Achik..Pakcik...Haikal..Aqil datang
Kalau nenek..achik..pakcik semua datang KL biasanya akan ada juga sekali mak aku akan masak Nasi dagang ni..
Sebab semua pun suka Nasi Dagang..
Walaupun we all bukan orang Kelantan & bukan juga orang Trengganu...
Semua suka Nasi Dagang yang putih..
Kalau Nasi dagang yang Merah tu ...mmmmm...kureng sikit
Mungkin sebab we all ni semua suka pulut
So,mak aku kata Nasi Dagang Putih ni lagi laku la..
Mak aku masak banaykkkkkk
Tapi yang pic ni sikit la sebab yang banyak tu kat dalam periuk kukus ..
Penuh periuk kukus..
NASI DAGANG ..mak aku
5 cawan beras -rendam semalaman
2 cawan pulut- rendam semalaman
4 cawan santan cair + 2 sudu teh garam
1 cawan santan pekat + 1/2 sudu teh garam & 2 sudu teh gula
1 sudu halba-rendam hingga kembang
1 ketul halia-mayang halus
10 bawang merah-hiris
2 daun pandan
1. Panaskan kukus
2. Campur beras pulut dan beras biasa & kukus 1/2 jam
3. Angkat dan gaul dengan 4 cawan santan.
Gaul dengan 1 cawan santan dan kacau...Gaul lagi dengan 1 cawan santan ...gaul lagi dan buat hingga
habis 4 cawan santan .
4. Tambah halba dan kukus semula nasi yang sudah digaul santan selama 10 minit..
5. Bila nasi sudah elok masaknya angkat dan tuangkan dalam bekas yang besar dan gaulkan bersama
bawang hiris,halia mayang ketika masih panas.
6. Gaulkan juga santan pekat 1 cawan yang sudah dicampur garam & gula & x perlu kukus lagi..
Sedia dihidangkan
***. Cara ini rasa nasi akan lebih lemak manis kerana santan segar..tetapi tidak tahan lama
Jika ingin tahan lebih lama ..selepas digaul santan pekat kukus semula hingga naik wap.
Gulai Ikan Tongkol...
Ha ...ni lauk wajib Nasi Dagang
tapi mak aku kata lauk ni mak aku alter ikut selera we all..
Xde lah ori Kelantan or Trengganu
GULAI IKAN TONGKOL ..mak aku
1 ekor ikan tongkol yang besar- potong keping
Bahan Rebus Ikan:
1cawan air
5 asam keping
1 sudu besar garam
1/2 keping gula kelantan
5 hiris lengkuas
1 batang serai
** Semua bahan diatas direbus bersama ikan dengan api perlahan selama 1 jam.
Ulang panaskan beberapa kali hingga tulang ikan lembut
Elok disediakan sehari lebih awal
Bahan Blend:
5 cili merah
5 cili padi
5 bawangn putih5 hiris lengkuas
1 ketul kunyit
1 ketul halia
1 bawang besar
2 sudu serbuk kari ikan
Bahan lain:
5 cawan santan
2 asam keping
garam
1/2 cawan minyak
10 cili padi
1 buah tomato
1. Panaskan minyak & tumis bahan blend hingga naik minyak
2. Masukkan ikan yang sudah direbus bersama airnya
3. Masukkan santan asam,garam dan masak hingga mendidih dan kuah agak pekat
4. Masukkan cili padi dan buah tomato yang dudah dipotong
5. Sesuaikan rasanya
ACAR TIMUN & CARROT
1 batang carrot- kerat-kerat dan potong panjang
1 biji timun- buang biji & potong panjang
2 cili merah- hiris
1 bawang besar-hiris nipis
1/2 cawan cuka
1 sudu teh garam
4 sudu makan gula
** Gaul semua bahan..Seeloknya disediakan beberapa jam awal supaya rasanya sebati
TELUR REBUS..
AYAM GORENG...
No comments:
Post a Comment