Wednesday, 19 June 2024

RENDANG NANGKA MUDA DI HARI RAYA

 

Selalu nangka muda saya  masak lemak cili api atau buat kerabu kerisik.

Tapi kali ni saya cuba merendang nagka ketana teringan Chef Wan pernah masak rendang nangka kat TV masa zaman kegemilangannya dinkaca TV tahun 90-an dulu..


Alhamdulillah tidak mengecewakan.
Ni versi rendang kering selepasa saya panaskan 2 kali....



Ni versi agak basah lembab untuk hidangan masa pagi raya haji .
Saya share resipi rendang nagka versi saya kerana saya dah tak ingat resipi Chefwan...maklumlah dulu tengok kat TV bukan internet🤭

RENDANG NANGKA MUDA
1kg nangka muda- rebus
½ kg daging - opsyen
1 paket rempah rendang Adabi
2 sudu kerisik
1 asam keping
4 cawan santan
2 daun kunyit
garam,gula melaka,perasa

Bahan Blend:
2 serai
2 keping lengkuas
1 labu bawang besar
15 cili kering

1. Leburkan bahan blend dan rempah rendang bersama santan dalam kuali.

2. Jika guna daging,masukkan daging dan masak hingga daging empuk.

3. Tambah nangka muda,kerisik,asam keping dan perisakan.

4. Masak hingga pekat dan berminyak.

5. Sesuaikan rasa dan tabur daun kunyit

6. Jika nak rendang kering,teruskan merendang hingga kering.Jangan lupa kacau supaya tidak hangus.




Saya juga ada upload video   RENDANG NANGKA.....kat sini




Jangan lupa  juga untuk  youtube channel saya iaitu  Seroja Putih


+Like

+Coment

+Share

+ Subscribe



7 comments:

  1. Pernah makan, memang sedap tapi tak pernah buat. Thanks kongsi resepi.

    ReplyDelete
  2. Tak besa makan rendang nangka .. kalau kerabu tu favorite la :)

    ReplyDelete
  3. Wahhh, nangka pun boleh direndang jika kreatif orangnya.

    ReplyDelete
  4. Sedaonya Kak, dulu arwah Mak suka gak buat rendang nangka, nangka belakang rumah ..

    ReplyDelete
  5. geng-geng vegetarian mesti suka ni kak

    ReplyDelete