Tuesday, 25 June 2024

BUAT KETUPAT PULUT HITAM

 Weekend baru ni ,saya ada masak ketupat palas versi pulut hitam.


Bila makan ketupat auto ingat raya kan..

Sebenarnya buat ketupat ni sebab masih ada stok daun palas sikit baki Raya Haji hari tu..

Yang keduanya sebab teringin nak makan ketupat pulut hitam..
Order pulut hitam kat Shopee seminggu sebelum raya..
Tapi dapatnya petang hari Ahad ketika dah siap rendang ketupat pulut putih..
Makanya kita buat la lepas raya...hihihi


Saya bungkus ketupat ni cara Panfai Timur ..
Kalau versi utara bucu atasnya yang panjang.
Sebaliknya versi Pantai Timur bucu kiri kanan yang lebih panjang dari bucu atas.


Puas hati dapat makan ketupat pulut hitam.



Nak buat ketupat pukut hitam sebaiknya pulut hitam kena juga campur pulut putih.Kalau guna pulut hitam sepenuhnya dia kurang kenyal dan kurang padat sebab pulut hitam dia berkulit dan kurang kanji.

PULUT HITAM KETUPAT TAK SAMA DENGAN PULUT BUBUR
*** Kalau nak beli pulut hitam untuk ketupat sila taip / mantion 
* pulut hitam ketupat* 
sebab pulut hitam untuk ketupat berbeza dengan pulut hitam untuk bubur.

Bezanya pulut hitam ketupt dia tidak hitam berkilat,sebaliknya hitamnya pudar dan banyak ada bintik bintik putih.So,dia lebih lembut

Kalau yang hitam berkilat tu memang untuk bubur.Teksturnya keras.

Tapi saya nampak ada juga yang campur pulut hitam bubur dalam ketupat.Hasilnya warna lebih menyerlah tapi tekstur keras dan kurang sedap..

Apapun ikut suka la..kalau nak buat guna pulut hitam bubur,buat lah...tak berdosa pun🤣🤣🤣

Cuma kalau keras dan tak sedap..jangan cakap hakak tak payung😅😅😅



Sesaja buat bentuk pocong ni...
Tapi saya pernah ja post entri ketupat bentuk ni .Saya namakan ketupat palas versi jantung...boleh google...


Ni kes daun palas tak cukup.
Baki daun kelapa raya haji masih ada..Saya buat saeung bentuk celorot....cantik juga..


Untuk resipi,cara masak dan cara bungkus,saya ada share videonya di simi:

https://youtu.be/RoMPwJtLMjg?feature=shared


Untuk tonton video video lain boleh singgah di youtube channel saya

SEROJA PUTIH

SEMOGA BERMANFAAT..


Sudi-sudikan untuk

+Like

+Comment

+Share

+ Subscribe

TERIMA KASIH💕


12 comments:

  1. Ooh..ada beza rupanya cara bungkus ketupat palas utara dengan pantai timur 😄. Sekali tengok macam serupa je, kurang teliti saya memerhati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ujie.....seakan sama ja..tapi kalau letak dekat-dekat akan nampak beza bentuknya

      Delete
  2. ketupat pun ade bentuk pocong ek.. hihihi.. sedap sungguh makan dgn rendang daging... yumm yumm yumm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe....saja suka-suka ja LB....saya buat bentuk pocong...

      Delete
  3. Raya haji ni tak jumpa ketupat pulut hitam. Nak buat tak reti sbb tak besa buat hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ja macam ketupat pulut putih..cuma pastikan jenis pulut hitam tu untuk ketupat..
      Kalau suka pulut hitam kena try..hihihi

      Delete
  4. ingtkan sama je pulut hitam ketupat dengan bubur.. kehkehkeh..
    sedapnya ketupatttttttt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seakan sama cuma keras lembut dia la beza...
      Sesekali teringin nak makan ketupat..padahal baru lepas raya haji🤭

      Delete
  5. Saya suka juga ketupat palas pulut hitam. Tapi belum pernah buat🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah Sharhanah...
      Ada bermacam cara orang buat ketupat..
      yang saya share ni saya ikut cara mak saya...

      Delete
  6. sedapnya kak oi.... lama betul tak makan ketupat palas ni.... tp tak pernah lagi jumpa pulut hitam punya palas, nampak menarik dan mcm lagi sedap gitu dgn warnanya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah...kalau dekat dekat boleh la hulur....
      kena balik.kg amik daun palas lagi ni lepas ni...kot boleh ajak Dana mai pekena ketulat palas ni

      Delete