Syawal ke-4 melarikan diri sekejap daripada memasak🤣.
Ikut Achik pi open house.Mak & Pakcik tak mau ikut.Cella & Aqil nak ikut Haikal pi beraya ke Kulim.Raya kali ni depa dah pakat ada lesen memandu..Juah depa 3 sepupu tu beraya.hihihi
Adah ikut kami merangkap tukang supir...ðŸ¤
Rumah pertama kat Sungai Limau Luar.Kira dalam Daerah Yan kalau tak salah.Lebih kurang 20 minit perjalanan dari Pendang.
Makan nasi gulai daging,pajeri nanas dengan ikan masin dan ulam serta sambal belacan..
Eh,rupanya kenduri kahwin la + open house raya.
Kuah macam kuah laksa lemak utara...
Saya juga ambil 2 biji ketupat palas .
Satu versi Ketupat Pulut+ Jagung..Ketupat ni lemak masin bukan manis tau .
Satu versi Ketupat Pulut+ Jagung..Ketupat ni lemak masin bukan manis tau .
Cicah kari daging
Ketupat Lemak Daun Buluh..
Saya tak tau nama sebenar..tapi ketupat ni sangat comel hanya aebesar ibu jari.Rasa ketupatnya sama macam ketupat palas tapi harum baunya macam ketupat daun tebu.Dibungkua dengan daun buluh biasa yang kecil dan panjang.Saya kenal daun buluh tu lebih kasar dan saiz kecil berbanding ketupat daun buluh yang warna kuning yang biasa saya makan(nanti saya akan tunjuk kat bawah)
Sepasang sudu garfu dalam kotak gold dan juga kerepek ubi.
Achik tertarik dengan banglo cantik sebelah rumah kenduri tu..
Tumpang bergambar ye tuan rumah!
Cantik rumah tuan,kami tumpang berangan memiliki mahligai seindah ini..!
Welcome to Kubang Pasu..Jitra tu bandar terbesar dalam Daerah Kubang Pasu.Kata Achik...Jitra memang port makan..
Kat rumah ni Achik ambil Laksa Asam.Selain tu menu utama ya Nasi Arab.Tapi kami tak mau makan nasi sebab dah makan kenduri kat Sungai Limau.
Destinasi seterusnya ke Jitra..
Tempat lepak BLOGGER JAJA zaman study ni🥰
Kalau tak salah raya kali ini PUAN HAZEL kat Jitra kan?
Ketupat palas dan ketupat daun buluh a.k.a Ketuoat Cina.
Jom buka ketupat daun buluh dulu..
Haa..ni la ketupat daun buluh yang saya selalu makan..Rasanya tawar tapi sangat sedap digandingkan dengan serondeng.Teksturnya kenyal dan liat.Sangat sedap pada tekak saya.
Kat kampung masa Syawal Pertama Achik dah bawa balik ketupat daun buluh ni.
Untuk bawa balik KL saya dah tempah 5kg ketupat daun buluh yang siap masak.Kat Pasar Kemboja( setiap Jumaat) & Pekan Nat Pendang( Sabtu) ada jual Ketupat Daun Buluh ni yang dah siap masak dengan harga RM25/kg & RM13 untuk ½kg.Serondeng lain harga.Tapi saya tempah dari orang Kampung Chegar.Memang dibuat segar mengikut tempahan.
Ok..Ketupat Palas versi Pulut + Kacang.
Bukan kacang tanah tapi ini ialah kacang mata hitam a.k.a kacang ketupat.
Saya juga pernah buat LEPAT PULUT KACANG ..kat sini
Balik dari open house,kami meronda Pekan Jitra pula kerana Adah & Achik nak cari buah berangan.Adah lebih familiar dengan Pekan Jitra kerana dia selalu ke sana.Saya bab kat Kedah memang fail.Anak-anak lebih tau dan banyak tempat depa explore.Saya hanya tau Pekan Pendang saja.Alor Setar pun saya tak familiar.Kalau tauk
(buang) saya kat Aloq Staq memang saya sesat la jawabnya... hihihi
Maklumlah zaman kanak-kanak hanya pi Pendang saja.Zaman sekolah menengah dok asrama memang peraturan outing hanya boleh pi Pekan Pendang.Tak boleh pi Alor Star( tapi ramai ja yang curi-curi pergi) Saya memang tak pi la..sebab saya pelajar yang baik(sebenarnya sebab saya takdak duit nak piðŸ¤)
Habis sekolah,masuk salah satu college kat KL ni & terus bermastautin kat KL ni hingga sekarang.Tapi kalau ikutkan itu bukan alasan kan sebab anak-anak saya kelahiran Perak,Selangor dan KL...depa familiar ja about Kedah.
In shaa Allah jika diizinkan Allah sebelum/ selepas bersara saya ingin kembali menghabiskan sisa sisa hidup saya di Kedah.Biarlah anak-anak merantau mencari rezeki.Tiba masa Hari Raya @ cuti harapnya mereka akan pulang menjenguk saya di sana..
Huhuhu...tetiba hujan
ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ !!
Woooo... perut saya rasa penuh ikut Mama Cella jalan-jalan beraya kali ini! Macam-macam hidangan dijamah. Meriah sungguh.
ReplyDeleteMacam2 jenis ketupat ada, tapi sy selalu jumpa ketupat lemak aje. Depa ni jenis tekak tak versatile 😂
ReplyDeleteKat Peladang p14 ada palas frozen.. mcm2 jns kak lin tgk.. tp xberani nk beli.. biasa beli yg lemak masin je..
ReplyDeleteKak lin pun ada beli rmh di kg.. tp kak lin jual sbb ank2 kata xberani janji diorg bole blk sllu.. akhirnya abg yan beli rmh di putrajaya sj.. dekat dgn ank2.. mg kami saling melengkapi.. aamiin.. 🤗
banyak akak order ketupat daun buluh bawa balik KL utk open house ke?kat sini yang ada cuma ketupat lemak je
ReplyDeleteSemua tempat² tu ada dalam lipatan kenangan saya. Hihihi. Dulu kalau nak balik Yan, dari UUM mesti lalu Sg.Limau tu. Kebetulan di Sg.Besar pun kampung saya nama Sg.Limau.
ReplyDeleteJitra, Alor Star memang port outing dulu². Sebab Changlun takde ape time dulu. Ishhhhh, rindunya Kedah Darul Aman.
Meriahnya juadah raya
ReplyDelete