Walau hanya balik seharian sahaja ke Kedah..
Alhamdulillah dapat masak untuk mak.
Habis sahaja urusan di klinik gigi,terus balik sebab Adah ada online meeting..Mak pula bila saya dan Adah bergerak ke klinik gigi..mak terus merempit balik kampung.Mak tengah gian memancing ikan lampam kat sungai.
Adah terus ke rumah Achik sebab kat rumah saya takda wifi.Saya ke Merket Pendang & beli sikit bahan masakan.Tak beli banyak sebab tak banyaj pilihan.Maklumlah kat Kedah weekendnya Sabtu.Orang membeli belah barangan basah pada hari Sabtu sebab ada pekan nat dan pasar minggu.
Hari Ahad kalau pi merket hanya ada saki baki jualan hari Sabtu.Ibarat macam kita kat KL ni ke Pasar hari Isnin..memang hanya dapat lebihan hari minggu la.
Saya masak Tumis Pedas Bunga Betik.Lauk yang memang dok teringin sejak raya hari tu.Tapi takdan nak masak.
Saya petik dan celur dalam air mendidih bercampur sesudu garam.Kemudian saya toskan.Saya dah pernah masak BUNGA BETIK TUMIS PEDAS...kat sini
Tapi kali ni saya guna cili padi yang merah dan juga pucuk betik.
Excited saya masak bunga betik ni untuk mak,tapi mak jamah sesudu & terus mak luahkan..🤣Kata mak pahit benar bunga betik ni..
Laaaa...selama ni saya tengok mak makan segala ulaman yang pahit macam pucuk stang,mengkudu,peria dan lainnya.Rupanya mak kalah dengan pahitnya bunga betik..Alhamdulillah,rezeki saya la dapat makan sayur bunga betik ni puas-puas tak perlu kongsi🤣🤣.Suka betul saya dengan bunga dan pucuk betik.Walau pahit tapi saya suka..
BUNGA BETIK TUMIS PEDAS
1 mangkuk bunga betik & pucuknya.
Minyak,garam dan sedikit perasa.
Bahan Tumbuk:
10 cili padi.
5 bawang merah.
5 bawang putih.
1 genggam bilis
1 ketul kecil kunyit( saya tambah supaya warna lebih segar)
1. Celur bunga betik + garam dan tapiskan.Jika nak kurangkan pahit,basuh beberapa kali selepas celur.Tapi saya suka pahit bunga betik ni,maka saya hanya tapiskan buang air rebusan sahaja.
2. Panaskan 3 sudu minyak dan tumis bahan tumbuk hingga harum.
3. Masukkan bunga betik celur dan bahan perasa( saya guna secubit kiub pati ikan bilis)
4. Kacau rata dan sesuaikan rasa.Siap
Saya juga ada beli ikan selayang kat merket.Balik saya lengat(rebus) ikan bersama asam keping dan garam hingga kering airnya.Kemudian saya goreng garing.
Ikan Lengat Goreng ni favourite saya ni..
Kangkung spesis batang hijau ni lebih lembut batangnya.Niat hati nak petik kangkung ni...tapi bila nak masaknya?
Achik bagi buah keriang dot..
Cari buah yang betul-betul masak dan kembang..Tenyeh pada garam dan kicap...
seronoknya balik kampung..makan mcm2 & dpt masal utk mak...alhamdulillah..
ReplyDeleteMesti puas hati dah dapat masakkan mak lontong. Selagi tak masak asyik teringat2, kan. Rasanya perut ok dah tu.. dah balik KL kan😍
ReplyDeleteYa Allah, buah keriang dot, berzaman dah tak makan MC oooiii... Dulu siap keghabat (panjat) pokok nak amik buah dia 🤣🤣🤣
ReplyDeleteNak buat lontong jugak minggu ni. Tunggu abah Ahnaffea cuti baru boleh buat. Kalau tak, tak termakan nanti.
ReplyDeleteTak pernah jumpa buah keriang. Kat selangor ni ada ke ehh. Macam takde je 😅
Dana dah puas makan lontong raya ni kak hehhehehe. Bunga betik pernah terbaca boh apa entah boleh hilang rasa pahit tapi dana tak pernah masak. Teringat emak suka betul buat ulam bunga betik dan pucuk daun betik muda... kita cuba la sikit pahit tak tahan
ReplyDeleteSeramnya kalau perut meragam dalam bas 😅
ReplyDeleteGitu rupanya cara nak buat ikan goreng rebus. Kena rebus sampai kering air.
Geram plak SA tengok rimbunan kangkung air tu kak...sedapnya kalau dapat petik...
ReplyDeleteHari ini saya masak tumis pedas bunga betik, goreng ikan bawal. Yang pahit-pahit itulah ubat kan Mama Cella.
ReplyDeleteIngatkan buah dabai td rupanya buah keriang dot... br tau kewujudan buah tu.. sedapnya lontong rasa nk melontong jugak
ReplyDelete