Sunday, 7 May 2023

SYAWAL KE-7 : PAKCIK BELANJA MAKAN @ PORT KAMBING BAKAR JITRA SEMPENA BIRTHDAY HAIKAL

Cerita Cerita minggu lepas..Syawal ke 7 kami 3 beranak masih di Kedah 


Sempena ulang tahun kelahiran ke 21 putera sulung Achik dan Pakcik,Afif Haikal ...
Pakcik nak belanja dinner untuk kami semua.


Pukul 5.45 petang .


PLUS hiway
Kenderaan berderet menuju ke selatan.Mungkin ramai dah bergerak balik KL.

Kami pula menuju semakin utara
Konvoi dua kereta..
Mulanya tak tau Pakcik nak belanja kat mana..
Hanya follow je kereta Pakcik..


Air Force
Area sini banyak port makan..Tapi sebab musim raya,banyak yang masih belum buka..
Mula singgah depan ni nak makan kat Arab Kitchen..tapi hanya ada shellout...western tak da..
Pakcik kata cari port lain..



Haaaaa...ni baru betul port..!
PKB
Port Kambing Bakar !


Jom,masuk...


Masa kami sampai dalam pukul 6.30 agak lengang..Tapi menjelang pukul 7...parking dah penuh dan pelanggang memenuhi ruang.Rupanya makin malam baru makin meriah kat sini .


Tengah selak menu ..
Hujan kemain lebat ..
Tapi kena la dengan suasana..
Sejuk-sejuk baru syok makan..


Jauh Pakcik belanja..
Nun....sampai Jitra sanun..



Pakcik dan Achik belanja western dinner..


Jauh Pakcik belanja..
Nun....sampai Jitra sanun..


Walau kekenyangan tapi rezeki tidak ditolak .🤭


Ni rasanya birthday boy punya



Ni Pakcik punya..

Aqil nampak macam makan fries sahaja..Tapi itu baru starter .hihihi..


Mak makan penuh selera.
Kalau tengok mak makan,boleh tahan tapi tu la badan mak tetap slim kecik molek..Jauh beza dengan anak dia yang no 2 ni🤭🤭

Makngah punya pesanan belum sampai...depa kiri kanan dah mula makan..
Makngah order apa?


Taraaaa....
Sup gearbox kambing..!!!

Selamat ulangtahun untuk anakanda Haikal.
Semoga dipanjangkan umur,dilimpahkan rezeki,dimudahkan urusan dan diberkati serta dirahmati dari dunia hingga akhirat.

Juga untuk mak,Pakcik dan Achik yang pemurah lagi perihatin.Sentiasa menyokong kami anak beranak dari dulu hingga kini..bukan hanya sokongan moral tetapi juga wang ringgit,masa dan tenaga.Sentiasa ada untuk kami..
Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan kalian.
Tetiba touching...


3 comments:

  1. Wah, tudiaaaa....
    Toleh kiri di kanan makanan yang tak sampai. Tup tup gerabox besar gedabak sampai depan mata hihihii.
    Happy belated birthday Haikal. Moga sentiasa sihat, berjaya dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  2. Fuyyoo... makan besar ni... happy belated birthday Haikal... selamat hari raya utk kak sekeluarga

    ReplyDelete
  3. happy belated birthday..cantiks belon2 nya..
    wah..meriah tu makan2..sedappp

    ReplyDelete