Saturday, 30 January 2021

SUSU BADAM / ALMOND MILK

 Saya memang suka almond. Tapi suka makan roasted almond. Selalu beli yang pack kecik kat Petronas @ Speedmart yang harganya rm4. 99 tu. 10 tahun dulu harganya rm 1.99 sahaja. La ni dah 3 kali ganda dah harganya.. Selalunya saya beli time isi minyak kereta & makan sorang-sorang sambil drive.Tak mau bawa balik sebab kena share.. Hihihi


Susu almond pernah tahu tapi rasanya tak pernah beli. 1st time minum, Adah beli.Dia kata bagus susu almond tu. Pastu dia tak mimum pun sebab dia kata rasa pelik & tak sedap. Saya cuba minum & rasa memang lah tak sesedap susu biasa tapi sedaplah. Saya memang tahu khasiat susu almond tapi tak pernah membeli. Apatah lagi membuat sendiri.


Tapi hari ni saya merajinkan diri buat susu almond sendiri. Banyak khasiat susu almond ni. Antaranya baik untuk jantung, buah pinggang & juga anti canser serta banyak lagi khsiat lain terutama untuk yang umur dah banyak  macam saya ni. Bukan selalu minum pun tapi dah ada, minum lah kannn.. Hihihi

Dapat lah 2 gelas untuk minum & lagi sebotol tu saya simpan dalam peti ais untuk minum esok pulaSaya buat ni pun hasil dari Google. 


Guna 1 cawan penuh almond mentah


Basuh & rendam semalaman & basuh hingga air jernih


Blend dengan 4 cawan air

Tapis 


Hampasnya. Macam oats pulak. Mula saya guna penapis santan ni. 

Saya tapis beberapa kali menggunakan tapis teh yang lubangnya halus. Saya buat beberapa kali untuk dapatkan susu yang tidak berhampas

Hampas-hampas halus setelah beberapa kali tapis


Masak susu almond hingga mendidih. Tambah secubit garam & sehelai pandan



Susunya agak pekat macam pati santan
Biarkan suam 

Boleh minum suam atau disejukkan beberapa jam

Ni saya minum suam pagi tadi. Suruh Cella minum segelas. 
Tapi sudahnya dua-dua tu saya habiskan


Cella hanya minum sikit. Katanya tak larat nak habiskan sebab dia kata rasa macam minum santan pekat.. Hihihi.. 

Susu Almond.. 


6 comments:

  1. Oh, macam tu ya cara susu almond dihasilkan. Sy pun minum susu almond semalam tapi keluaran Farm Fresh. Sedap, macam oat rasa dia. Tapi susu oat Farm Fresh tak sesedap susu almond, harga pun boleh tahan, boleh try sekotak, lepas tu pakat tengok ajelah, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh beli, baik beli jer lah SK.. Hihihi
      Lagiopun mungkin Farm Fresh ada tambah susu lembu ke mesti lagi berkhasiat kot.
      Saya belum pernah try susu oats. Susu kurma pernah la terutama bulan puasa. Sedap

      Delete
  2. Ya Allah! Sedapnya minum susu almond. Memang banyak khasiatnya untuk kesihatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..
      Saya bukannya jenis ambil tahu sangat pasal info kesihatan, taoi bila Adah tak minum susu almond yang dia beli tu d saya cuba memang sedap. Baru rasa nk cari info. Hihihi

      Delete
  3. Juga untuk kecantikan kulit macm orng arab tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi tu la Naz..
      Harga almond pun ngalahkan harga beras

      Delete