Sunday, 31 January 2021

SAYUR BENING BETIK & THE GANG

Eh, ada draff la pasal semalam punya semalam punya lauk

Sayur bening betik. Lauk mak-mak


Biasa orang guna betik muda untuk rasa lebih ori. Tapi saya suka betik mengkal untuk ada rasa manis-manis sikit. 
Hanya hiris betik. Campak bawang putih bawang merah hiris dan sejemput bilis. Eloknya 3 bahan ni tumbuk dulu baru lagi sedap. Tambah garam & dalam 15 biji lada hitam/lada putih tumbuk.Boh air sampai tenggelam betik masak la sampai mendidih & betik lembut. 
Lauk macam ni saya suka hirup panas-panas.Makan nasi, kemudian hirup kuah. Saya tak suka kuah-kuah banjir. Agaknya saya sesuai tinggal kat padang pasir kot.. Hihih

Makan lauk macam ni memang berpeluh sebab kuah bening ni ada letak lada putih Asalnya nak letak lada hitam tapi yang ada hanya lada hitam biji belum tumbuk. Lada putih ada stok dah siap tumbuk 


Sambal terung pipit ni pun saya masak masa masak betik bening ni la. Memang berpeluh la. Makan nasi gaul sambal pedas berapi ni. Hirup sayur bening betik pun pedas juga.. Mana tak berpeluh.. Hihihi


Ikan pekasam goreng. Baru la kena gandingan untuk sayur bening & sambal terung pipit. Kena pada tekak saya la.. Tekak anak-anak memang tak la.. Tekak depa tu takdak taste. Hanya tau ayammmmmmm sahaja.Hihihihihi



Nasi jangan lupa pulak. Selalu juga terjadi kan, lauk dah siap, tengok rice cooker tak on.. Hihihi


8 comments:

  1. Lauk ni kannn semua tastes saya....saya bayangkan berapa pinggan nasik saya boleh makan ni...jgn sampai tokak pinggan hahahha (naz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, suka sungguh tu sampai nak tokak pinggan. Hihihi

      Delete
  2. Kalau betik mengkal ni wak suka tumis pedas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Wak, saya pun lagi suka tumis pedas sebab lebih terasa bila makan dengan nasi. Tapi sesekali ubah selera. Hihihi

      Delete
  3. Dah lama tak makan betik tumis pedas.. kalau betik masak bening ni xpernah buat lagi..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap lagi betik tumis padas Jaja.. Tapi sesekali nak menghirup sedap juga bersayur bening terutama kalau demam

      Delete
  4. Sejak baca blog mak cella resepi betik ,akak pun dah 2 kali masak betik tumis pedas.Selera mak2 kan,anak2 akak yang pempuan je yg selera ikut mak.Yang lelaki tak pandang pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan kak makan time hujan-hujan pulak kan gu dengan ikan masin.Agaknya masakan ni khas untuk orang pompuan kotšŸ¤£

      Delete