Pagi Ahad dah bersiap-siap nak balik KL. Cukuplah 3 hari 3malam balik Kedah. Dulu-dulu zaman anak-anak masih sekolah, tunggu cuti sekolah, dapatlah balik seminggu bercuti + balik kampung. Dulu saya fikir bila anak-anak dah habis sekolah, saya boleh balik kampung ikut suka suki saya. Nak balik cuti weekend pun saya rasa macam ok sahaja. Rupanya lain jadinya. Hihihi..
Biasanya saya akan bergerak awal pagi kalau nak balik kampung atau nak balik KL. Dulu zaman anak-anak masih sekolah rendah, saya akan bergerak sebelum subuh. Pernah bergerak pukul 3 @ 4 pagi. Saya memang tak boleh drive malam sebab mata silau. Tapi drive pukul 3 @4 pagi boleh pulak. Hihihi. Mungkin sebab mind set bahawa pagi akan beransur terang. Biasanya 4½jam @ paling lama 5 jam saya dah sampai kerana anak-anak tidur saya boleh drive dengan aman sambil layan Radio Klasik.Kalau depa dah bangun, riuh rendah dalam kereta depa berebut mengira signboard Zhulian sebab zaman tu sepanjang PLUS tu banyak sungguh signboard Zhulian. Kalau dah lepas Trowong Menora tu semua terbangun sebab masa sepanjang bukit tu jalannya dipenuhi belang kuning tu memang bising macam bunyi mesin gun. Hihihi.. Bila yang sulung & no 2 dah masuk sekolah menengah & no 3 dah masuk sekolah rendah,journey patern saya dah berubah. Bertolak lepas subuh & akan berenti R&R untuk makan & toilet. Bila dah tinggal no3 sahaja sekolah, lagi berubah. Selalu balik berdua beranak, biasanya bertolak dalam puk 7 pagi dan setiap R&R wajib berenti. Hentian sebelah pun dah jadi port tidur sejam dua. Perjalanan dah menjadi 7 @ 8 jam. Mungkin faktor umur pun dah dah menyumbang. Cuma setahun dua kebelakangan ini, jadual perjalanan sudah tidak menentu ikut keadaan. Macam kali ni, hari Ahad, pukul 11.15 pagi baru bertolak sebab Adah yang drive. Orang muda, tenaga masih kuat. Plan asal nak balik Sabtu, tapi berubah ke pagi Ahad. Tak boleh nak lajak lagi dah sebab Isnin Adah dah start kerja. Itupun si bujang yang kat KL kejap-kejap tanya bila nak balik KL.Dia tak dapat balik sebab cuti dah tak sama. Sebelum balik KL, pagi-pagi lagi mak dah gali ubi & pack kan ikan lampam pekasam, ikan haruan kering & tuai serumpun serai untuk saya bawa balik KL
Saya asingkan dalam secekak untuk bagi jiran. Sslebihnya saya kerat ikut ukiran balang ni. Mana yang batangnya gemuks,saya ambil juga bahagjan aatas yang dah potong tu. Sayang nak buang sebab atasnya pun masih gemuks.
Saya susun kemas-kemas dalam balang tu & isikan air 1/2 penuh. Tutup & simpan dalam peti ais.. Tak tahulah berapa lama boleh bertahan. Harap-harap bolehla sampai hujung tahun(kalau tak makan tahan la kot) Hihihihi....
Mahalnya harga serai kat KL
ReplyDeleteWak jual serai gajah ni 5 batang RM1.00 kat pasar tani.
Best ni dapat banyak serumpun buat stok. InshaAllah tahan lama simpan macam tu :)
ReplyDelete