Merajinkan diri lagi dalam PKP
Ketupat yang baru masak masih agak lembik. Kena biar sejuk dulu.
Saya berangan ketupat ubi putih gebu berkilat macam mak saya buat tu. Tapi malangnya saya tiada stok gula pasir putih. Saya gantikan dengan gula melaka ketul keras macam batu tu. Hiris halus & campur dalam ubi.Ubi pun saya blend halus, tapis & perah dalam kain maslin untuk perah airnyaSantan pula saya guna yang betul-betul pekat tanpa campur air.
2 ketul ubi kayu(anggaran 1/2kg)
1 cawan santan betul-betul kental
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan gula pasir/gula melaka hiris
Daun palas secukupnya (anggaran 15 helai)
1. Potong ubi kayu saiz kecil supaya mudah blend.
2. Tapis & perah ubi kayu dalam kain maslin hingga kering airnya. Mendapkan air perahan & ambil patinya
3. Campur ubi perah, pati ubi, garam, gula d santan pekat (jika santan perah sendiri memang cair. Jadi, masukkan dalam freezer sekejap & biar pati santan jadi lapisan diatas & lapisan air dibwahnya. Ambil hanya lapisan putih) Jika guna santan cair, nanti ubi terlalu berair susah nak bungkus.
4. Daun palas dibuat kelongsong kosong dulu supaya daunnya kembang & mudah nak guna
5. Sudukan adunan ubi & bungkus seperti ketupat pulut.
6. Buat hingga siap & kerat tangkainya supaya kemas. Kukus 1/2 jam
7. Biar sejuk, supaya lebih kenyal & padat.
Ubi blend yang sudah diperah & dicampur semua bahan. Adunan tida boleh terlalu berair. Cukup lembab-lembab sahaja supaya mudah nak bungkus
Kukus hingga masak. Biar sejuk dulu baru makan supaya lebih padat kenyal & sedap
Dah repeat berkali-kali ni mesti sedap
ReplyDeleteSedap Sk...
DeletePada tekak saya lebih sedap dari lepat ubi sebab lebih kenyal & feel.. Hihihi
X penah rasa ni.. mst sedap ni
ReplyDeleteBoleh try mim kalau nak tau rasa dia. Try sikit dulu kalau takut tak kena selera.. Hihihi
Delete