Thursday, 1 February 2018

SELAMAT HARI WILAYAH PERSEKUTUAN

1 February 2018...
Hari Khamis
Tapi tengok kat TV ..
Sambutan Hari Wilayah Persekutuan akan dibuat pada 10 February 2018 di Dataran Merdeka..Hari Sabtu
Mmm...biarlah...yang penting hari ni 1 February..sekolah aku cuti..
Ex classmate aku Farah dah pindah Sekolah BTHO ..Selangor
So..malam tadi dalam group WA dia pishang ar sebab sekolah dia x cuti..
Hanya Wilayah Persekutuan yang cuti...
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Labuan
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Wilayah Persekutuan tu apa..?


Info & pic aku C&P dari SINI..



Aku Anak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Wilayah  Persekutuan Kuala Lumpur ialah Tanah Tumpah Darahku..
Untungnya aku kerana setiap kali ulangtahun Wilayah Persekutuan sekolah di KL cuti..
Dalam family aku ...
Hanya aku anak Wilayah Persekutuan..
Abang lahir kat negeri lain
Kakak pun negeri lain..
Mak aku juga negeri lain..
4 orang dari 4 negeri berlainan..
Tapi still dalam Malaysia...
Hehehehe...
Yang lawaks nyer kakak bangun tadi
Terus tanya..."Cuti Thaipusam 2 hari ke..?"
Semalam memang la cuti Thaipusam
Tapi Sehari jer
Hari ni memang cuti lagi
Tapi hari ni cuti Hari Wilayah
Hahahaha...tu la sejak dah habis sekolah kakak study luar KL...
Dah beberapa tahun kakak x cuti Hari Wilayah..
sejak 2014 - 2016 kakak jadi  Johorian
2017 plak kakak dah jadi warga tanah tumpah darahnya..SELANGOR
Walaupun aku anak Wilayah Persekutuan tapi dalam 3 Wilayah Persekutuan..
Hanya 2 wilayah sahaja dapat kujejaki
KL & Putrajaya

Inilah Bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur...Tanah Tumpah Darahku..


Ini pula Bendera Wilayah Persekutuan Putrajaya


Ini pula Bendera Wilayah Persekutuan Labuan
Aku belum pernah jejak kaki ke Wilayah Persekutuan Labuan..huhuhu..
Semoga 1 hari nanti Allah izinkan aku dapat memenuhi koata menjejak 3 Wilayah Persekutuan
In sha Allah...





No comments:

Post a Comment