Wednesday, 21 February 2018

KUIH GETAS- GETAS & PETUA SUPAYA KUIH TIDAK MELETUP- LETUP

Kuih Getas- getas...
Bukan hari ni..bukan semalam
Tapi hari Ahad ke hari Isnin dah..
Yang pasti hari tu masih dalm cuti CNY
Aku ingat rasa kuih ni dan ingat memang banyak kali mak aku pernah masak kuih ni
Cuma kadang x hengat namanya jerk..
Sebab kadang mak aku buat warnanya putih..
Kadang warnanya golden brown macam hari ni nyer...



Kakak suka la kuih2 yang macam chewing gum ni
Abang pun suka...
Aku pun suka...hehehehe..
& yang aku tahu...
Achik pun suka..
Nenek ..???
Mmmm...nenek aku x pasti la suka ke tak..
Nanti la balik cuti nanti aku tanya nenek..
Heeee...



Kuih ni liat- liat...macam chewing gum..
Mak aku cakap bukam liat tapi KENYAL
Mmmm...x kisah lah yang penting sedap..
Rasa dia ala- ala macam ada satu kuih tu yang celup telur garing2 tabur gula..
Alaaa....apa namanya dah....aku lupa..
Jap nak tanya mak aku...
Haaa..KUIH TEPUNG BUNGA macam kat sini.....
Tapi Kuih Tepung Bunga tu kecik2 skit...
Ditabur gula
Yang Kuih Getas- getas ni mak aku cakap di sira gula..
Haaa...tahu ker SIRA..?
Mak aku kata sira tu macam di masak dengan gula la sampai gulanya kering..
Tapi bila sebau SIRA...
Aku mesti ingat Sira Pisang..
Sira Pisang tu macam KAT SINI....
Haaa...mak aku jer suka Sira Pisang..
Aku x suka sebab manis sangat
Tapi Kuih Getas- getas ni xde lah kuah macam Sira Pisang..
Tapi gulanya dimasak sampai kering..
Mmmm...mak aku jer yang tau buat semua tu..
Aku x tau pun pernah  buat pun..
Tengok pernah la..makan pun pernah la


Kuih Getas- getas ni mak aku cakap kalau dolu2 selalunya dibuat dalam bulan puasa..
Sebab dolu2 mak aku cakap kebanyak kuih- kuih ni memang hanya exclusive untuk  bulan puasa sahaja..
Kalau bulan x puasa hanya kuih2 cikai cam pisang goreng,cekodok camtu jer..
Haaa...sekarang ni saper cakap Pisang Goreng tu Kuih Cikai..
Singgit hanya 3 pcs jerk kot..
Itupun pisangnya dibelah 15...
Hahaha...kijam x fitnah ni..?
Mana ada fitnah..
Kalau Pisang Tanduk memang dibelah banyak2 sebab pisangnya bapak besar macam tanduk gajah...
Kikikiki...gajah ada tanduk ker..?
Ok..ok...
Aku siyes...aku siyes...nak citer Kuih Getas- getas

KUIH GETAS- GETAS
2 cawan tepung pulut
2 cawan kelapa putih
1 sudu tepung gandum( opsyen)
1 sudu teh garam halus
air ( bergantung jenis tepung)
Minyak untuk goreng

Sira:
1/2 cawan gula
1/2 cawan air

1. Campur tepung pulut dan 1 sudu tepung gandum
** tujuan penggunaan sedikit tepung gandum supaya kuih stabil dan tidak terlalu liat

2. Masukkan garam dan kelapa putih dalam tepung dan gaul rata
3. Tuang air sedikit demi sedikit hingga agak2 dapat dibentuk sahaja( JANGAN TERLALU LEMBUT) Sekadar boleh dibentuk sahaja.
Seperti dough karipap
4. Ambil dough sebesar fishball dan gentel  serta leperkan seperti bentuk oblong
5. Buat hingga selesai
6. Panaskan minyak dan goreng kuih hingga golden brown

Untuk Sira:
Dalam kuali kosong masukkan gula dan air.
Masak hingga pekat dan berbuih
Masukkan kuih dan MATIKAN api.
Terus gaul kuih menggunakan sudip hingga gula memjadi berderai dan putih


Tepung Pulut...


Biasanya Tepung Beras tulisannya bewarna merah..
Tepung pulut biasanya tulisan bewarna purple


Terdapat bermacam brand tepung pulut..


Kelapa Parut Putih..


Gaul tepung,gar dan kelapa


Bintil kelapa dalam tepung


Masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli


Adunan mesti keras..Sekadar boleh dibentuk


Ambil dough sebesar fishball..Bentukkan bulat lonjong


Leperkan jadi bentuk oblong



Panaskan minyak dan goreng hingga garing


PETUA UNTUK ELAKKAN  KUIH GETAS- GETAS MELETUP SEMASA DIGORENG
- Masukkan adunan kuih yang siap debentuk kedalam kuali yang berisi minyak ( BELUM PANAS)
- Hidupkan api dan biar minyak dan kuih panas perlahan- lahan
- In sha Allah kuih tidak meletup2..

** Tips ini dari pemerhatian cara menggoreng TELUR GABUS CHEESE di sini..


Teruskan menggoreng hingga  bewarna keemasan


Goreng semua kuih hingga selesai..


Untuk Sira
Masak gula dan air dalam kuali
Ketika air gula baru mendidih...buihnya bergerak laju


Masak sehingga air gula mendidih berbuih pekat..apabila pekat buih akan semakin perlahan kerana telah pekat


Masukkan kuih dan terus MATIKAN API...


Kacau tanpa henti hingga gula menjadi putih dan kering berderai



Siap ...
Haaaa......siap C&P
Untuk versi lain yang bentuk selinder dan yang kuihnya versi putih ...
KUIH GEGETAS kat sini...

KUIJ GETAS- GETAS kat sini...

Kuih ni memang manis diluarnya..Kalau x suka terlalu manis..ikut lah cara aku..
Kopek semua gulanya baru makan..
Hahahaha..
Tapi kalau xde langsung gulanya pun x best juga..
Buang la sikit gula tu..tapi jangan buang habis..
OK...bye...

No comments:

Post a Comment