Thursday, 8 February 2018

SARDIN SAMBAL TUMIS DAUN KARI

Sardin Sambal Tumis Daun Kari
Semalam nyer lauk..
Biasa la sebab x tahu nak sebut lunch or dinner
NAk sebut lunch dah x sesuai
Nak sebut dinner awal lagi



Mak aku cakap Lauk Express jer pun sebab dah lapar
Hanay Masak Sardin Sambal Daun Kari ni ngan Telur Dadar & Ulam Pegaga
That's all....

Walaupun Just Sambal Sardin
Tetapi kerana versi Sambal  Daun KAri
Memang lain la rasanya
Sedap dia lain macam
Kakak yang cakap xnak makan pun
Lepas tu senyap2 ambil pinggan isi nasi panas makan ngan Sambal Sardin Daun Kari ni
Hahahahaha...


Selalunya Sambal versi Daun KAri ni mak aku akan masak Ayam atau Ikan Puyu
Tapi Ikan Puyu tu kalau time balik kampung la
Kat Kl ni mak aku cakap susah nak cari orang jual ikan puyu
Tapi kalu sardin camniAbang akan makn kuah dan kentangnya...Ikan je x makan
Sebab tu  mak aku suka masak guna ayam sebab kalau Ayam semua orang makan
Kalau ikan ...abang memang x makan
Kalu versi Ayam dah pernah post pasal   RESIPI SAMBAL AYAM DAUN KARI YANG SEDAP kat sini...



Walupun buat Sambal Ayam Daun kari
Atau Sambal Sardin Daun Kari
Masih x boleh kalahkan  SAMBAL IKAN PUYU DAUN KARI kat sini....
Cuma kalau dah xde ikan puyu..
Ganti la ngan Ikan Sardin
Hehehehe..
Aku suka Sambal ni makan kuah ngan kentangnya jer



SARDIN SAMBAL  DAUN KARI
1 tin kecil sardin
2 biji kentang -potong wedges & goreng
1 asam keping
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 tangkai daun kari
5 cili padi-patah2kan
Minyak untuk goreng

Bahan Blend:
10 cili kering- rendam air panas
1/2 bawang besar
  2bawang putih
1 pelepah daun kari

1. Blend bahan blend hingga halus
2. Goreng kentang wedges hingga garing
4. Tinggalkan minyak goreng kira- kira 2 sudu dalam kuali
4. Tumis daun kari
5. Masukkan bahan tumis.Masuk juga asam,garam dan gula
6. Masak bahan tumis sampai naik minyak
7. Masukkan sardin bersama sos nya  dan kentang.
8. Sesuikan rasanya
9. Masukkan cili padi yang dipatah2kan
10. Siap

No comments:

Post a Comment