Lately ni telur asyik pecah jer kat umah aku..
Aku tak tahu telur yang asyik pecah
Atau mak aku yang asyik pecahkan telur
Hahaha...
Tapi aku suka jer walaupun sekadar lauk telur
Sambal Telur...
Tak kira lah pecah ker...
Rebus ke...
Mata ker..
Kalau Telur Dadar jer pun aku dah cukup suka...
Apa lagi kalau disambal..
Gaul nasi panas- panas...
Ikan masin skit...
Mmmmm....nikmatnya makan waktu lapar..
Haaaaa...kalau x caya...biarkan perut lapar..
Pastu makan....
Nikmatnya macam time iftar bulan Ramadhan ooooo....
Sambal Telur Pecah In The Making...
SAMBAL TELUR PECAH
4 biji telur
4 sudu minyak
1/2 bawang besar hiris
5 cili padi hijau- patah2kan
1 sudubteh garam
1 sudu teh gula
1/2 asam keping
Bahan Blend:
10 cili kering - rebus
1/2 bawang besar
2 bawang putih
1 sudunikan bilis ( opsyen)
1. Panaskan minyal dan tumis bahan blend hingga naik minyak
2. Masukkan asam,garam gula dan sedikit air serta masak hingga pekat
3. Kecilkan api dan pecahkan masukkan telur sebiji demi sebiji dengan hati2 supaya tidak berselerak
4. Untuk ceparkan telur masak..tutup kuali benerapa minit .
5. Dengan hati2 kacau sambal supaya tidak hangus dibawahnya..
6. Sesuaikan rasa dan masukkan cili padi yang dipatah2kan
Lauk Bajet....
Tapi dah cukup mewah pada tekak kitorang..
Alhamdulillah....kerana Allah bagi kesihatan.
Apa kaitannya..
Haaa...sebab kalau kaya raya dan mampu untuk sarapan di Hadyai..
Lunch di Jakarta...Dinner di Seoul pun..
Kalau sedang sakit...agak2 asa selera x nak makan Pulut Ayam kat Hadyai...
Nak makan Bibimbap kat Seoul pun tentu x sesedap aku yang sihat ni makan Sambal Telur kan..?
Hahahaha...ayat coverline sebab aku x mampu buat camtu..
Hahaha
Ok..bye
No comments:
Post a Comment