tapi mak aku kata ni dah macam Pindang Ikan Tongkol..
So, Singgang ke Pindang..???
Request daripada orang demam...kakak la
Kakak minta mak aku masak Sup Ayam..
Tapi sebab mak aku hanya beli ikan tongkol..
Kakak nak Singgag..
Pastu kakak siap ada term & Condition lak tu..
Hahaha...
Kakak cakap xnak kuah yang jernih renus kosong..
Kakak nak yang versi tumis dan nak warna kuning...
Huh...dahsat request oranng demam...
hahahaha...
Tapi aku pun suka Singgang yang mak aku buat versi tumis..
Kakak makan Bubu Nasi dengan Singgang Tumis Ikan Tongkol..
SINGGANG TUMIS IKAN TONGKOL ..mak aku
1 ekor Ikan Tongkol
10 biji cili padi
1 ketul kunyit
2 keping asam gelugur
1 batang serai
1 ketul kecil lengkuas
1 bawang besar
2 bawang putih
1 helai daun kunyit
1 cili merah-mayang halus
garam secukup rasa
2 sudu minyak:
1. Ikan Tongkol dipotong bkepada beberapa keping...
2. Basuh dengan limau nipis dan sikit garam
3. Bahan yang digunakan...
Bawang besar,bawang putih,asam keping,serai,cili padi dan lengkuas.
4. Separuh daripada bawang besar,kunyit,lengkuas,bawang putih dan cili padi ditumbuk
Separuh lagi biarkan berhiris
( boleh saja kalau xnak tumbuk bahan-bahan tu)
5. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk
6. kacau hingga naik minyak supaya hilang bau maung cili..
7. masukkan ikan tongkol dan balik-balikkan hingga 1/2 masak
8. Tambah 4 cawan air
9. masukkan baki bahan hiris ..lebihan yang ditumbuk tadi
10. Masak hingga mendidih dan kuah menjadi keruh kekuningan...
11. Siap....sedap3....
Cara simpan bahan herba..
Sebab xde edible garden kat rumah..
So,bila beli bahan herba lap semua bahan herba sebelum disimpan dalam bekas kering dan simpan dalam peti ais bahagian laci sayur
Daun kuniy dan daun kari masih nampak walaupun berminggu...
Tapai pastikan tiada kesan air..
Jika ada kesan air atau wap berpeluh dari bekas simpanan, lapkan..
Kerana kesan air akan buat herba cepat rosak..
Mak aku nyer....Kepala Ikan Tongkol dan hati serta paru ikan tongkol
Mak aku cakap kat Filipina juga ada masakan yang hampir sama dan namanya juga hampir sama sebutannya...
Kalau kat Malaysia ada "Singgang"
Kat Filipina ada "Sinigang"
Rupa dan bahannya juga hampir sama..
Boleh tengok gambar Sinigang dan resipinya di PHILIPPINES FISH SINIGANG
Mak aku yang rajin membaca dan explore pasal makanan..
Aku tukang dengar citer jer...
Hehehehehe....
No comments:
Post a Comment