Wednesday, 15 March 2017

MOCHAIKOTTA CURRY

Mochaikotta Curry..
Apa tu..?
Mmmm..mak aku cakap sejenis Kekacang..
x tau orang Melayu panggil apa kacang ni sebab kat packed tu just tulis "Mochaikotta" 
Kalau Google..jumpa ada sebut " Mocha Kottai"
Namapun dah ada bunyi India sikit kan..
Sebabnya mak aku cakap ni antara makanan kaun India
Terutama yang vegetarian..
Sebabnya Kari ni memangguna kacang dan sayuran sahaja..
Sebelum ni pun mak aku dah pernah masak
MOCHAIKOTTA CURRY kat sini...
Tapi mak aku cakap yang kat situ versi masak ngan kentang ala  Kuah Dal
 Hari ni nyer memang versi Kari Pekat..
Sesuai nak makan ngan nasi ,roti,capati,tosei,Roti Canai or Lempeng

MOCHAIKOTTA CURRY
1 cawan mochaikotta
3 sudu serbuk kari ikan + 1 cawan air
1 biji tomato masak
5 cili padi
1/2 cawan santan pekat
3 cawan santan cair @ air biasa
1 asam keping
4 sudu minyak
garam & secubit gula

Bahan Tumis:
1 bawang besar cincang
2 bawang putih cincang
1 tangkai daun kari
1 sudu halba campur



1. Rebus mochaikotta hingga kembang dan empuk.


2. Bahan untuk tumis


3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga harum



4. Masukkan rempah kari yang dibancuh . Masak hingga naik minyak.


5. Masukkan mochaikotta bersama air rebusannya dan tambah lagi 3 cawan air..
    (air boelh lebih sebab mochaikotta  agak keras dan tidak mudah hancur walaupun dimasak lama)


6. Bila mendidih,masukkan garam,sikit gula,asam  dan buah tomato




7. Masukkan santan pekat dan sesuaikan rasanya



8. Cili padi boleh dimasukkan sebiji-sebiji atau dipatah-patahkan



9. Perlahankan api dan biar mendidih perlahan selama beberapa minit supaya kuahnya naik minyak dan cantik

Sedap dibiarkan semalaman supaya rasa kari menyerap dalam kacang.
Sedap dihidangkan bersama Roti Canai,Nasi Putih atau makanan lain

2 comments:

  1. Wahh!! sedap tak dik?.. ada rasa macam kuah dal ke.. lain rasa dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heee...
      Rasa dia x la empuk macam dal..
      Mmmm...camaner nak cakap .
      mak kiter cakap lebih rasa macam rasa kacang yang kat taugeh kacang soya tu

      Delete