Lauk ni masak hari Selasa...
Hari Isnin mak aku x masak sebab mak aku kata ada kursus apa ntah..Maghrib baru mak aku sampai rumah.
Aku pun x gi sekolah sebab xde transport..
Tapi x la bosan sebab nenek datang..
Pagi Isnin mak aku gi amik nenek kat TBS..
Nenek yang masak hari Isnin tu...
Nenek masak kari ikan..
Hari Selasa tu mak aku masak untuk dinner..
Sardin Belimbing Buluh ni..
DAH PERNAH MASAK KAT SINI....
Sambal Sardin Belimbing Buluh ni ada geng lain lagi..
Ikan Masak Kicap
Ikan Pekasam
Ikan Goreng
Ulam..
Tapi Sambal Sardin Belimbing Buluh ni yang jadi tajuk...hihihi
SAMBAL SARDIN BELIMBING BULUH
2 tin sardin (tin besar)
1kg belimbing buluh(agak-agak dalam 2 mangkuk )
1 cawan minyak masak
15 buji cili padi-patah-patahkan
Garam & sikit gula
Bahan Blend:
15 cili merah( boleh capur cili padi kalau nak pedas)
2 bawang besar
1. Belimbing dipotong kedua2 hujungnya & basuh bersih.
2. Panaskan minyak & tumis bahan blend hingga naik minyak.
3. Masukkan belimbing & 1 cawan air.Biar mendidih agak lama hingga belimbing nampak lutsinar & empuk.
4. Masukkan sardin bersama sosnya..serta cili padi yang dipatah-patahkan
5. Masukkan garam & sikit gula untuk seimbang rasa masam masinnya..
No comments:
Post a Comment