Friday, 14 October 2016

LONTONG DAUN PISANG...

Lontong Daun Pisang...
Kalau lontong mana kuah kuning tu?
Itulah soalan aku pada mak aku...
Bila mak aku cakap ni Lontong Daun Pisang..


Sebab bila masak lontong maknanya nasi impit makan ngan kuah lemak kuning campur tauhu tempe bagai tu..
Rupanya tu panggil lontong & kuah lodeh..
Lontong tu nasi impt @ ketupatnya...
Kuahnya dipanggil lodeh..
Mmmm...bukan salah aku la kannn...
Heeee
Hari Isnin malam tengok "Luke Nguyen : Food Street Asia"
Aku ngan mak aku memang suka tengok rancangan tu..
Episod ni Luke Nguyen kat Indon..
Citer pasal Lontong Daun Pisang ni
Makanan yang dia fokus masa tu ialah sejenis makanan jalanan.."Ketoprak"
Campuran lontong ni dengan sos kacang & beberapa bahan lain
Aku kata nampak macam sedap...
Esoknya mak aku buat
Tapi "Ketoprak " panjang citernya..
Kena mula dengan buat Lontong Daun Pisang dulu...

LONTONG DAUN PISANG...mak aku
1cawan beras-cuci bersih
Bebera keping daun pisang-layur
Lidi @ cungkil gigi


1. Buat kelongsong daripada daun pisang.
*Ada daun pisang tertentu yang mengeluarkan aroma yang lebih harum & memberi warna hijau muda pada lontong...
Tapi yang ni daun pisang hutan yang di beli jer..


 2. Gulung daun pisang menggunakan roll pin


3. Keluarkan roll pin & sematkan pencungkil gigi pada salah satu hujung gulungan daun pisang tersebut


4. Buat beberapa kelongsing ikut keperluan.


5. Isi setiap kelongsong daun pisang dengan beras anggaran separuh penuh..Sematkan lagi lidi cingkil gigi pada hujung atas kelongsong


 6. Buat sampai habis & susun dalam periuk/rice cooker..isi air hingga tenggelam & rebus anggaran 1-2 jam bergantung kepada sikit @ banyak lontongnya
*Sentiasa tambah air panas jika air semakin kering


7. Bila sudah masak ,keluarkan dari periuk dan dirikan dalam bekas @ penapis supaya airnya tos dan kering


8. Bila sejuk boleh potong & hidang bersama rendang...serunding...lodeh atau serunding..
- Yang atas ni Lontong Dengan Serunding Kelapa Ikan Bilis...

Ingat nak terus tulis pasal"Ketoprak"
Mmmm...simpan dululah sebab yang ni dah panjang...


No comments:

Post a Comment