Tuesday 4 July 2023

3 JULAI

Mengikut catatan pada sijil kelahiran saya dilahirkan pada pukul 7.15 pagi  3 Julai bersamaan hari Selasa.Kata emak beza usia saya dengan kakak hanya setahun. manakala beza umur dengan abang pula 5 tahun.Namun kakak telah kembali kerahmatullah ketika usianya 6 tahun.Al- Fatihah untuk kakak.

Semalam 3 Julai datang lagi.Berkurang lagi umur bila dicoundown....

Kalau dihitung menaik maka bertambah setahun lagi angka umur.Ada yang meneka umur saya ke tu?

Dah tua dah....Kalau mak saya masa umur macam saya ni dah ada 2 orang menantu dah...mak saya menerima menantu pertama pada umur 42..So, umur saya sudah pastilah lebih daripada 42..Lahir pun tahun 197...?

hihihihi

Zaman kanak-kanak hingga dewasa saya tak pernah pun menyambut hari lahir.Cuma setelah masing-masing sudah dewasa..Achik selalu belikan atau kirimkan sesuatu sebagai hadiah hari lahir.Kadang hadiahnya sebulan awal..hihihi...Beeberapa tahun kebelakangan ini sejak anak-anak sudah remaja dan dewasa,saya perasan mereka sentiasa ingat tarikh 3 Julai.Walau berbuih mulut dan berkali melarang mereka belikan hadiah untuk saya..tapi akhirnya saya terkesan dengan salah satu komen dari Cikgu Amie beberapa tahun yang lalu( saya sudah lupa komen pada posting yang mana) Katanya (saya tak ingat secara tepat tapi bunyinya lebih kurang) Biarlah anak-anak hendak memberi..bisukan mulut dan jangan banyak bunyi..tapi gantikan dengan doa untuk anak-anak

( lebih kurang macam tu lah kalau tak salah ingatan saya)

Saya simpan titipan pesanan tu dalam ingatan hingga hari ini.Pesanan yang menjentik hati saya dan sangat bermakna.Terima kasih Cikgu Amie!

Semalam...3 Julai datang lagi..

Seperti biasa sejak beberapa tahun ni....wish pertama datangnya dari lembaga yang selalu mengejar ni la...hihihi




Buka email Cella untuk blog ni..Eh,ada email kiriman adinda tersayang dari Kuantan...😘

Terharunya bila tarikh kelahiran kita diingati sedangkan kami hanya rakan maya yang tak pernah bersua..Terima kasih Adinda Afzan..


Maafkan kakakmu terlambat merakamkan pengahargaan itu di sini.Tapi sesungguhnya kakak sangat berbesar hati dik!🥰


Hadiah pertama datangnya daripada J&T...hihihi
Tapi bukan la J&T yang kasi...
Tapi anak lanang nan sorang tu.

Tapi katanya dia share dengan Adah..Adah pula kata ti hadiah dari abang..Entah mana yang betul


Terbunyi juga sikit mulut ni...Bukan tak  menghargai tapi lebih kepada sayang duit dibelanjakan untuk saya padahal handphone yang sedang saya pakai ni pun mereka juga beli  sebagai hadiah hari lahir saya.Masa tu PKP...depa hadiahkan  handphone untuk mudahkan saya buat kerja online.Masa tu kan work from home.Ni pula depa kata beli handphone baru supaya boleh bidik gambar lawa sikit untuk blog...Tapi saya ni ..bagilah camera canggih ka apa ka..saya nukan reti nak amik gambar bagi cantik..senget  dan tak pernah nak elok....hihihihi

Apapun Alhamdulillah...


Hadiah ke-2 pula daripada anak ke-2 sepersalinan jubah hitam bersama sehelai tudung juga bewarna hitam.Hari tu nampak dia beli jubah set dengan tudung sekali.Nampak cantik & saya minta dia order untuk saya sekali.Tapi bila tanya beberapa hari lepas dia kata dia belum order.Semalam nampak ada parcel dari J&T & rupanya Adah belikan jubah ni dan hadiahkan untuk birthday..Alhamdulillah...


Eh,sebenarnya hadiah pertama by Achik la..Tapi sebab Achik bagi advance dah lupa pulak Achik cakap  ni hadiah birthday...hihihihi

Dah pakai sekali dah sebelum tarikh birthday..Alhamdulillah .


Tuan Tanah Kedaung...tahun ni dia kkata bajet kemut sebab duit dah banyak beli bahan projek..
Dia beli slice cake @ Nasken Coffee.
 Rainbow Mille Crepe ...sedap sangat.
Alhamdulillah ...

Tapi tengok lah betapa perasannya dia..

From Cella:

"anak bongsu paling comel"...hihihihi

perasan sungguh dia..



Semalam juga Seawal 8.46 pagi saya menerima whatsApp dari Dungun


Seawal pagi dapat kiriman rezeki ...

Dari seorang sahabat yang tak pernah gagal mengingati 3 Julai.Walau sudah bertahun terpisah oleh jarak beratus batu namun setiap 3 Julai pasti ada bingkisan kirimannya..


Kali ini dapat set Kopi Zus.

Segelas kopi Zus yang pekat berperisa.

Mulanya saya sangkakan   Bingka Pandan ...
Bila dicicip...
Nah.....Burnt Cheese Cake perisa pandan..Gabungan timur barat ini sungguh sedap..

Begitu juga Bake  Cheese Macaroni ni..sungguh sedap menyantap.
Alhamdulillah
Semoga Allah ganjarkan kepada Norimah hidangan  terbaik di sturga kelak.
...

Balik kerja,Adah masih kat tempat kerja .Dia wasap pesan tak payah masak.
Cella yang baru masuk rumah baru sampai dari UPM..masih terkejut bila ada orang ketuk pintu bgtau pizza delivery..Dia terus cakap kat rider tu kata salah rumah..Kata Cella saya takda order pizza.Terkulat-kulat rider tu ingatkan memang salah rumah padahal alamat dah betul..
Tengoklah aksinya lepas amik pizza tu...Terkezut bercampur seronok dia melompat tanpa sedar tudung terlondeh ..hihihi

Yang Adah pun punyalah dia borong order...sampai 3 pcs pizza + cheese stick & chicken popcorn.

Ada Hawaian Chicken

Seafood sensation..
Udang dia sedap betul..pop pop pop bila dikunyah..isinya kenyal meletua dalam mulut.
b
Beef peperoni ..

Cheese stick

Chicken popcorn..
Hanya kami 2 beranak kat rumah masa rider hantar.
Maka makan la kami dua beranak ketika azan maghrib.
Menjelang isya' baru Adah sampai diikuti abangnya tak lama lepas tu.Saya dah hanyut dibuai mimpi.
Pagi tadi saya dapati pizza masih berbaki serba 2 slices.Pesan pada depa sapa nak sarapan..panaskan ja pizza tu..
Alhamdulillah....
Begitulah kisah 3 Julai 

15 comments:

  1. Selamat hari lahir . Murah rezeki . Banyak betul hadiah

    ReplyDelete
  2. Selamat hari lahir! Bestnya ramai yg ingat birthday 🎂

    ReplyDelete
  3. Happy birthday kak!! Banyaknya hadiah dr orang² tersayang.. semoga dipermudah urusan dan dimurahkan rezeki wang ringgit dan kesihatan ya... semoga akak kaya dan bahagiaaaa!!

    ReplyDelete
  4. Sanah Helwah MC 🌷
    Eh, kena panggil Kak la kot lepas ni 🤭
    Alhamdulillah ramai yg sayang...

    ReplyDelete
  5. Selamat hari lahir Mamacella.. kita paling suka hadiah kasut tu, sebab kita pemakai S tu heheheh

    ReplyDelete
  6. Happy belated birthday kak, moga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan gembira selalu. Seronok diraikan dengan anak-anak, kawan-kawan ramai yang ingat. Kita ni kadang orang ucap selamat hari lahir pun kita dah rasa gembira tau, ini kan pulak dapat hadiah macam-macam. Anak-anak bagi hadiah tanda dia menghargai dan tanda ingatan pada kita.Betul pesanan kak Amie tu kak, kalau dana pun sentap emak sound kita jangan sambut bday nya heheheh.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. happy belated birthday kak..semoga pjg umur dan dimurahkan rezeki..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, selamat hari lahir, Mak Ngah. Semoga berbahagia dan sejahtera selalu. Kemahen sedap kek rainbow tu Mak Ngah.

    ReplyDelete
  10. Happy Birthday buat mamaCella 🎉
    Moga sentiasa dalam rahmat Allah.

    Meriah sungguh dengan pemberian insan-insan tersayang.

    ReplyDelete
  11. Allahu.. hapy belated bday umi cella.. mg pjg umr mrh rzki sht2 sllu dlm redha Allah.. dpermudahkan urusan dunia akhirat.. dmakbulkan segala doa & impian.. aamiin..
    Msti umi cella seronok & bahgia.. 🤩

    ReplyDelete
  12. Happy birthday makngah.. moga panjang umur dan murah rezeki selalu. Seronoknya dapat hadiah best² 😊. Ramai yang sayang makngah.
    Pizza tu kalau nampak anak lanang yg di sini, mesti bersinar² mata dia tanda suka. Hahaha

    ReplyDelete
  13. Happy belated birthday kak...Meningkat dewasa, harijadi CUya pon tidak dirai keluarga....tkpela, hari2 harijadi Cuya sebab ibu sediakan makanan sedap...heheh btw Cuya follower baru! salam kenalll

    ReplyDelete
  14. Selamat hari lahir akak...alhamdulillah..bertambah setahun lagi umur..SA doakan akak sentiasa sihat dan bahagia selalu...

    ReplyDelete
  15. Happy belated birthday mamacella...ammi pun tak suka bila dirai waktu birthday tapi kadang-kadang bila orang tetap nak raikan kita terima jelah. itu tandanya kita disayangi

    ReplyDelete