Daging qurban 2023 Goreng Kunyit Pedas..
Daging qurban 2023 tu..! Hihihi...
Daging qurban pemberian Achik dan Pakcik.
Tahun ni telepas sertai qurban dek ralit dok fokus persiapan majlis nikah Adah...Sedar-sedar dan seminggu lagi nak Raya Haji..Tanya sana sini semua dah full.
Selalu Achik yang bantu kami booked qurban..Achik pula cakap dia takda la tanya sebab tengok saya senyap ja,kot la takut 'takdan duit" sebab dekat sangat dengan majlis nikah tu...
Alhamdulillah dapat juga daging qurban Pakcik.Dagingbqurban Achik tak dapat makan sebab Achik buat qurban kat luar kawasan.
Achik ngan Pakcik memang setiap tahun la depa buat qurban & biasanya hari pertama @ ke-2 Raya Haji.Tapi tahun ni giliran lembu depa pada hari ke-3 dan kami pula selepas subuh raya ke 3 dah balik KL.Tak dan la nak makan daging qurban tu masa tu..
Tak dapat la merasa bagaian orhan dalaman ni..hati,jantung,paru dan limpa..Tengok gambar ja yang masih ada dalam group telegram family
Tu yang Achik bawa masa datang majlis nikah Adah tu..Alhamdulillah,masih ada rezeki merasa daging qurban tahun ni..Daging qurban ni sedap dia lain macam kan...Agaknya itulah antara barokahnya..
Plan asal nak goreng kunyit dengan kacang panjang.Tapi kacang panjang takda.Jadi saya tambah kentang dan daun bawang ja.Sedap sungguh rasa lauk ni pada tekak saya walau main campak ja..
Rupanya cara saya kurang bagus kerana ia akan meliatkan daging.Garam akan menyebabkan daging mengeras dan liat.
Pernah terbaca ( dah lupa kat mana) bahawa daging yang hendak digoreng jangan digaramkan dulu.Bila daging dah masak empuk baru diberi garam.Maka kebelakangan ini saya mempraktikkan cara tersebut dan ternyata ada betulnya tips itu. Masak daging tanpa gaul garam menjadikan daging cepat empuk dan lebih manis berjus.
Walaupun dah lama hidup dan dah berpuluh tahun masak,nampak sangat masih banyak ilmu memasak yang saya baru tahu.Pastinyalah masih banyak yang saya tidak tahu..
DAGING GORENG KUNYIT PEDAS
½ kg daging
3 ketul kentang
2 pokok daun bawang
serbuk kunyit,garam,gula,minyak
5 cili merah+ 5 cili padi
1 bawang Holland
1. Hiris daging dan bahan lain.
2. Panaskan anggaran ½ cawan minyak hingga betul-betul panas berasap.
3. Masukkan daging dan iar seketika hingga sedikit berkerak baru dikacau.
4. Tambah 2 cawan air dan tutup kuali biar mendidih dab daging empuk.
5. Tambah kentang wedges dan masak lagi hingga kentang empuk dan kuah kering
6.Blend kasar bawang Holland dan cili dan masukkan dalam masakan daging dalam kuali tadi.Perisakan dan tambah serbuk kunyit.
Terus masak hingga naik minyak.
7. Tambah daun bawang dan sesuaikan rasa.
Hanya satu lauk dan buah tembikai
Alhamdulillah...
Eh…anak akak dah nikah?? Tahniah!
ReplyDeleteBetul la kot bab garam tu. Sebab tu dalam apa-apa masakan, garam tabur kemudian supaya tak ganggu rasa.
Adah nak nikah dah. Alhamdulillah..Semoga dipermudah segala urusan mamacella sekeluarga. Aamiin...
ReplyDeleteAlhamdulillah..rezeki dapat mereka yang buat ibadah qurban. Sedap juga daging masak goreng kunyit pedas. Pedas tu wajib. hihi...
Bestnyaaa...selamat pengantin baru buat Adah...
ReplyDeleteAduuuussss.... sedapnya!
ReplyDeleteBidik dari kuali pun tetap nampak kesedapannya tu Mama Cella.