Wednesday 26 July 2023

JULY BIRTHDAY CELEBRATION

Setiap bulan biasanya ada sambutan birthday untuk group kecil  kat ofis.Tapi ada juga bulan yang takda sambutan sebab takda yang lahir bulan tersebut sebab group kecil ofis ni hanya 13 orang iaitu  geng tingkat atas + Zura & Ekin nun di bilik terpencil hujung bangunan.Macam bulan lepas sambutan kelahiran Jun ada 2 orang.Depa panggil kami geng kayangan.Bukan sebab acah kaya atau acah cantik tapi sebab kami g tingkat paling atas..Itu ja🤭

Untuk hari jadi,hadiah dan kek hari jadi  akan di sumabnagkan oleh rakan-rakan.Manakala tuan punya diri akan belanja kawan-kawan makan.Ikut nasib la,kalau bulan tu sorang,maka sorang la kena belanja makan🤭. Tapi tak kisahla belanja makan nasi lemak @ roti canai pun boleh.Just suka-suka nak happy- happy diri sendiri...Hihihi.

Macam kami sebab bertiga,boleh la share duit belanja makan tengahari.

Selalunya Dilla yang jadi mastermind setiap aktiviti.Kali ni Jue pula mengetuai.


Untuk kelahiran bulan Julai...majlisnya semalam 25 Julai...hari gaji🤭
Sejak minggu lepas,Jue dah pm tanya nak pilih kek apa...dia nak order.
Pastu pakaian pun Jue suruh tetapkan kami bertiga nak pakai warna tema apa...
Saya cadangkan warna pink...
Shifa cadangkan warna oren.
Akhirnya semua setuju cadangan Shifa - warna oren
Yang lain semua pakai warna tema biru..
Talda pulak pic depa reramai yang pakai biru.



Hashifa paling muda antara kami bertiga.Birthdaynya 15 Julai  Shifa pilih Fruity & Pastry Cake..


Julaiza lahirnya 11 Julai.Kek pilihannya cantik molek..Pavlova Cake yang kaya buah-buahan.

Saya la paling senior antara kami bertiga.Birthday saya 3 Julai..Tengoklah pilihan kek pun memang old fasion cake ..Tak pandai nak pilih fancy cake....hihihi
Kek pun paling besar...hihihi
Saya pilih Snowy Chesee Cake...


Setiap orang dapat hadiah yang sama..Narita
En Madi menjadi penyampai.


Hashifa dapat yang coraknya seakan corak kain pelikat.



Julaiza dapat plain  dark turquoise


Orang tua depa bagi yang bunga-bunga supaya hati turut berbunga🤭

Jom,makan Nasi Tomato..


Ada Ayam Masak Merah


Ada Kurma Daging


Ada Acar Timun.


Laksa pun ada..


Kole Kacang.Tembikai,Tapai Pulut Hitam,minuman sejuk  dan pastinya la ada plastik untuk tapaw...🤣🤣
Memang tak habis nak makan la kan...


Saya tapaw  cake dan kole kacang.


Anak jantan tu balik kerja beli pula karipap daging dan karipap sardin panas-panas
Maka sebelum maghrib semalam kami anak beranak pakat mangadap ni ja merangkap dinner..Pakat kenyang dah tak nak makan nasi.Tapi tengah malam dengar kelentang kelentung kat dapur dan aroma magi menerjah deria bau saya yang sedang beradu🤣



Terima kasih kawan-kawan geng ofis & group tingkat atas .
Pn Elin
Pn Isma
En Madi
Pn Ela
Esah
Dilla
Jue
Kak Saba
Jas
Zura
Ekin
Shifa




15 comments:

  1. alhamdulillah..meriah
    happy belated birthday to all!!!

    ReplyDelete
  2. tak pe lah kek tak fancy pun kak...janji dapat kek paling besar tu haaa
    moga yang baik2 semuanya untuk akak....

    ReplyDelete
  3. Meriah sungguh ni. Banyak sungguh pilihan makanan 😋
    Happy birthday untuk MamaCella dan kawan-kawan 💐

    ReplyDelete
  4. Meriah sungguh mknn dgn kek yg pelbagai genre pulak tu... happy belated birthday semua akak di dalam gambar

    ReplyDelete
  5. Wah.. siap bawa tudung saji bertingkat je opis ke dah kat rumah tu? Sy paling suka la Snow Cheese Cake tu, antara jualan sy yg paling laris satu ketika dulu.

    ReplyDelete
  6. meriah kak, tang ada makan-makan mesti meriah punya kan

    ReplyDelete
  7. Meriah makanannya.. seronok dapat meraikan birthday ramai² camtu kan.
    Ehh, tahun lepas la kan kita hantar kek kebetulan birthday akak. Hihihi. Setahun dah berlalu rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masyaa Allah...
      Betul laaa....
      Masih terbau harumnya Kek Bunga Rampai❤️

      Delete
  8. Meriah sungguh sambutan...seronok gathering macam ni meraikan...happy belated birthday to all

    ReplyDelete