Monday, 13 December 2021

PAKAILAH PAKAIAN YANG ELOK

قال الله تعالى : " يا بني آدم خذوا زينتكم عند كل مسجد".

لا أحد يذهب إلى الجامعات ولا إلى المناسبات يقميص النوم ولا بملابس الرياضة لكن الذين يأتون بها إلى المساجد كثير !!


Firman Allah Taala : " Wahai anak Adam , Pakailah pakaian kamu yang elok pada setiap kali ke masjid".


Tidak ada seorang pun yang pergi ke universiti dan majlis majlis keraian dengan memakai pakaian tidur atau dengan pakaian sukan tetapi malangnya yang datang ke masjid ramai pula yang berpakaian sedemikian.

 

8 comments:

  1. abah dana kalau ke masjid untuk solat jumaat pun kadang berberbaju melayu lengkap, ni dah tua sikit baru pakai baju melayu dengan kain pelikat... dekat kampung jarang kita nampak yang ke masjid dengan baju asal boleh sebab selalunya berkain pelikat dan baju melayu, baru nampak sopan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak segak kan kalau pakai baju Melayu lengkap...
      Kalau pakai baju Melayu dengan kain pelikat pun nampak kemas ja..Saya suka tengok orang-orang tua yang kemas dan bersih berpakaian solat..sejuk mata

      Delete
  2. Teringat dulu2, kalau hari Jumaat di Johor, macam nak pergi menikah. Pergi solat Jumaat pakai baju melayu lengkap bersampin. Sekarang ni, ramai lebih suka pakai t-shirt dengan kain pelikat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sib baik Johor cuti hari Jumaat yer..Kalau tak ghisau nak lepaskan suami ke masjid🤣
      Nak nak kalau pakai sepasang baju melayu warna putih...
      Pakai T shirt dengan kain pelikat pun nampak kemas dan sejuk mata memandang

      Delete
  3. ha? ada ke yang pi masjid pakai baju tido?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada agaknya..🤭
      Orang lelaki biasanya tiada baju tidur khusus macam pompuan ..Baju tidur depa ..baju melayu pun jalan...🤣

      Delete
  4. Pernah nampak org lelaki solat pakai sarung tak pakai baju. Geram je pandang. Mmglah auratnya dari pusat ke lutut tp adabnya di mana?

    ReplyDelete
  5. Janganlah ada yang pakai asal boleh je. Kadang tu ada yang kurang sensitif dengan corak di baju. Yang bukan bukan je corak dan tulisannya.

    ReplyDelete