Seawal pagi dah torcongok kat UTC Pudu Sentral.Ada urusan nak diselesaikan.
Sekejapa. sahaja sudah siap kerana datang awal pagi memang tak ramai orang.Kemudian terus pula ke Pusat Belia Kampung Pandan.Pun tak lama selesailah urusan.Alhamdulillah baru pukul 9.30 dah selesai 2 urusan penting.
Pastu patah balik KL,pi makan @ Ikan Bakar Pak Din kat foodcourt depan Pusat Kesihatan Tang Lin.Walaupun tempat ni famous tapi ni 1st time saya makan sini...hihihi
Saya memang jarang sangat makan kat luar.Pi kerja memang bawa bekal walau hanya roti dan telur.Tapi bukan la tak makan kat luar langsung.Cuma jarang sangat la...
2 hidangan nasi + tempe goreng.2 ekor ikan kembong bakar + air asamnya serta 2 gelas air kosong =RM31
Ikannya dibakar guna arang dan air asamnya disiram penuh atas ikan.
Masa nak masuk kat foodcourt ada busker oku penglihatan sedang busking depan foodcourt tu.Busker tu nampak separuh baya dengan baju melayu hijau muda nampak bersih berseri wajahnya di pagi Jumaat.Suaranya lemak merdu seperti suara alayarham Ahmad Jais.Tak jemu mendengar dendangan lagu- lagu lama era 80/90an sambil menyuap cebisan ikan bakar dicelur air asam.Alunan lagu Sekuntum Mawar Merah dan Semut Merah macam terngiang-ngiang di cuping telinga saya sepanjang perjalanan lepas makan ikan bakar tu....!!
No comments:
Post a Comment