Mee Urai Goreng...
Kali ni masak mee telur versi flat aka mee urai.1 pack tu ada 6 keping besar.Saya hanya masak 4 keping.Agak banyak untuk kami nak makan 3 beranak.Lain kali rasanya cukup masak 3 keping sahaja melainkan kalau nak bawa bekal lebih.
3 keping mee urai
1 keping dada ayam/daging@ seafood
2 pokok sayur sawi
2 sudu bawang cincang
2 sudu cili kisar
1 kiub ayam
Minyak,garam,kicap
1. Jerang air untuk celur mee.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang.Masukkan isi ayam/daging rebus hiris @ seafood.
3. Tambah cili kisar dan masak hingga naik minyak.
4. Masukkan kiub ayam dan batang sawi.
5. Masukkan mee celur( tak perlu tapis) terus masukkan supaya tidak berketul dan senang menggaul.
6. Sambil gaul,sambil renjis kicap supaya rata bersalut.
7. Masak hingga sebati dan sesuaikan rasa.
Nampak sedap kejadiannya
ReplyDeleteAlhdulillah.....
DeleteBelum pernah makan mee urai ni MC
ReplyDeleteTapi bagus juga idea beli mee jenis kering2 ni sbg stok ye.
Selalu sy simpan stok pasta & Maggi je :)
PKP mengajar kita...🤭
DeleteSedapnya. Nak rasa sikit buleh? Hihi..betul tu, ada mi kering ni boleh guna waktu mengejut. kalau beli mi kuning tak tahan lama kena masak cepat.
ReplyDeleteBerbesar hati org yg berkunjung mengejut tp masih dpt hidangan mee telur.. 😬
ReplyDeleteSedapnyaaaa...walau x pernah rasa tau memang sedap ni...basah- basah cenggitu kan...
ReplyDelete