Bila Adah cakap review dari rakan-rakan yang giliran konvo awal beberapa hari sebelumnya kata kali ni tak ada jual bunga,saya ajak Adah pergi cari bunga kat KL.Adah kata dia nak bouquet coklat.Mungkin sebab saya ni old school..maka saya nak juga bouquet bunga segar sebagaimana tradisi dulu-dulu..hihihi
Nak ke sini pun tak susah.Kalau naik kereta parking saja kat car park Central Market tu.Lintas jalan sikit ja dah sampai.Kalau naik LRT atau MRT pun stesen dia tak jauh.Jalan sikit ja dah sampai.
Carnation Local...Harga kat situ RM17.50..Rasanya 15 kuntum dalam tu
Pernah suggest kat SURIA AMANDA dalam komen masa dia post entri staycation dengan anak dara dia kat KL Central tu supaya hati anakandanya juga turut berbunga...hihihiCarnation juga..Yang ni RM22.
Macam- macam warna macam-macam harga.Ada yang ..Ada yang harga lebih murah dan ada yang harga lebih tinggi..Rasanya setiap jambang tu ada 12 kuntum.Tak dapat nak kira sebab bunganya kembang..Harganya RM15.50..Murah kan...
Teringat iklan dulu-dulu...susu Carnation
🎼Lihat bunga ni...🎵
Ingat Carnation🎶
Saya tanya Adah...kalau dalam dalam Bahasa Melayu bunga carnation ni apa namanya?
Hihihi..kalau dulu semua dengan Cella...Now,siapa lagi kalau bukan Adah.
Ok..bunga carnation dalam Bahasa Melayu dipanggil "Bunga Teluki"
Jarang kita gunakan nama tu kan....
Sebab selalu guna nama carnation..
Tanacetum (Chamomile)
Tak tau dalma Bahasa Melayu nama apa bunga ni
Adah berkenan sangat dengam bunga ni..Dia suruh saya beli bunga ni saja untuk konvo dia..Lagipun harganya cuma RM 26RM15
Ada dalam 5 kuntum besar...kalau tak salah kiraan..
RM132...
Tak tau apa istimewa bunga ros yang satu ini hingga harganya jauh berbeza dengan ros lain.
Kalau saya memang tak beli la..Baik saya beli ros biasa..Kalau dengan harga tu boleh dapat berdozen ros merah..hihihi
Sudahnya Adah nak yang ready made ni juga...
Padahal boleh pilih bunga dan minta dorang jadikan bouquet..
Kalau tengok harga yang dipamerkan tu ...Bouque bunga warna peach ni ada 10 kuntum bunga ni..harganya RM 55
Tengok nama bunga tu ditulis garepra..tapi saya Google..Namanya Gerbera..hihihiKalau yang ada 12 kuntum ros RM75
Kalau ikut saya nak bunga Gerbera tu..Cantik berkembang...Tapi Adah tak berkenan..Dia kata old taste...huhuhu
RM75
Kalau beli bunga yang sejenis sahaja lebih murah.
Bila post pic ni kat Cella...Kata Cella kalau dia ikut...dia sanggup pilih bunga sendiri campur-campur macam ni pun sebab masih boleh dapat harga lagi murah daripada beli readymade.Tapi saya & Adah tidak segigih Cella.Cella jenis berjimat.Selagi boleh kurangkan bajet ...dia sanggup bersusah sedikit.
Yang ni bunga campur-campur ni ada
--5 ros merah besar
- 2 gerbera
- 2 ping pong chrysanthemum
- Bunga-bunga kecil + daun
Lama juga tidak suka merakam gambar sendiri.Tapi sejak lepas PKP ni rasa suka pula bergambar.Manusia kan berubah- ubah...hihihi
Boleh tahan juga harga bunga segar
ReplyDeleteTapi memang cantik2
Agaknya sebab bunga segar ni tak tahan lama dan kena penjagaan lebih..
DeleteHarga bunga-bunga segar memang mahal. Kalau saya singgah Kundasang selalu beli bunga ros dalam 10 kuntum buat jambangan di atas meja ruang tamu. Aromanya lembut mengasyikkan.
ReplyDeleteSy suka juga bunga segar mekar di jambangan, tapi sejak dah anak2 bulus nu, jangan kata bunga segar, alas meja pun tak boleh bentang 😭
DeleteBetul tu Cikgu
Delete..bunga segar ni aroma halus dan menjadi terapi..
SK..
Anak bulus pun suka kacau bunga ye..Selalu dengar peribahasa "bagai kera mendapat bunga"..hihihi
Masa kolej konvo dulu, sy jual bunga. Bunganya kami tempah siap jambak dari kedai bunga, dan jual. Tapi, sebab ada banyak gerai bunga lain, kami terpaksa lelong bunga2 tu, rugi2.
ReplyDeletePengalaman berharga tu...
DeleteRugi kepada penjual...Untung kepada pembeli dapat bunga lelong
Beli bunga masa konvo Adah kat Segamat tu lagi murah rasanya nak banding beli kali ni..
Masa konvo anak bujang tu kat Kolej pula berkali ganda lagi murah...Agaknya sebab saingan juga la kot..
Kedai fav saya ni. Selalu beli kat sini jugak dan park kat CM seperti kata mama cella. Bunga biru tu hydragae atau nama kampung dia bunga zaleha. Saya geng dengan cella kot. Suka beli fresh flower dan gubah sendiri. Konvo anak anak buah saya buat sendiri je. Memang jimat lagi. hihi..itu kalau ada masa lah :)
ReplyDeleteHehehe...
DeleteFiza mesti peminat bunga.
Rajin dan berseni tengok hasil tangan Fiza dalam blog tu..
Untung anak-anak buah ada Mak Usu yang kreatif & pemurah.Semoga Fiza juga dilimpahkan rezeki dan kebahagiaan
Ya allah...geramnyaaaaa......pernah ikut kawan opis kat sini...dia buat bisnes bunga tangan...memang syurga bunga sampai pernah SA terjebak beli bunga gak..letak kat meja opis....
ReplyDeleteSemuanya cantik belaka
ReplyDeleteMahalnya.. Mujur ammi tak minat bunga
ReplyDelete