Selalunya kad hari Ibu mesti la orang bagi pada ibu...
Tapi kenapa Kad Hari Ibu aku ni kena bagi kat cikgu plak..?
Kenapa x bagi Kad Hari guru je...?
Sebabnya....
Kad Hari ibu ni cikgu yang suruh buat...
Siapa cikgu yang suruh tu...?
Cikgu yang suruh buat kad hari Ibu ni ialah Cikgu Rusliza.....
Kenapa dia suruh buat..?
Sebab Cikgu Rusliza tu mengajar Pendidikan Seni....
Hehehehehehehe....
Aku bukan rajin pun nak buat kerja-kerja seni ni....Tapi sebab yang suruh tu Cikgu Rusliza....
Hmmmmmm...memang cari pasal la kalau xnak buat kerja Cikgu Rusliza...nanti sekali dia jegilkan mata....mau satu kelas senyap sunyi....x berani angkat kepala...
Syyyyyy...jangan bagitau Cikgu Rusliza plak...hehehehe
Walaupun aku hanya pemantun ke-4 & hanya perkenalkan ahli kumpulan je.... tapi aku bangga sebab banyak juga pantun aku yang dibantu mak aku digunakan oleh team aku...Cikgu Norimah la paling bangga sebab dia kata kita orang dah berjaya harumkan nama sekolah...Trophy yang kitorang dapat tu Cikgu Norimah amik balik sebab nak sampaikan kat perhimpunan pada Hari Isnin ni....:-)
Walaupun x masuk kelas tapi aku memang tanya kengkawan lain kerja yang cikgu bagi..Salah satunya kena buat Kad Hari Ibu...Hari Khamis dorang bagi tau ..Dorang kata Cikgu Rusliza bagi tempoh sampai Jumaat ni je untuk hantar...Siapa yang x hantar ...hmmm..siaplah..!!!!!
Dengar nama Cikgu Rusliza,memang kecut perut la..Kelam kabut aku minta mak aku singgah stationary nak beli barang untuk buat kad ni....Aku nak beli manila kad atau kertas warna yang ada corak2 tu...tapi mak aku bagi idea suruh guna black mounting board..Mak aku kata kalau guna black mounting board mesti lagi cantik..
-----Bunga Ros yang 3kuntuk kat penjuru tu aku cilok je bunga kat bakul dalam bilik mak aku...
-----Yang hijau buat daun tu plak,idea mak aku..Sebab lupa nak beli kertas warna hijau,mak aku koyakkan
kotak kasut yang ada warna hijau & gunting bentuk daun...
------Tulisan tu plak guna penebuk lubang & tebuk je kertas pink banyak2....
------Pastu guna gam UHU lakarkan tulisan...mesti guna gam UHU..kalau guna gam stick x kuat,mudah
tertanggal & x kemas.
------Bab nak lekatkan kertas yang dah di punch tu memang kena sabar la...sebab kertas tu kecik2 &
banyak plak tu..ni kira macam kita buat kolaj la...
------ Sebab background dia hitam...kita guna la warna yang contras supaya cantik...polka dot putih tu
hanya guna kertas soalan yang dah x pakai..guna la bahagian yang xde tulisan..kira kitar semula la..
-----Bunga kecik kat bawah kad tu hanya guna lebihan kertas kotak yang buat daun..pastu susun je 5
bulatan kecik sebagai bunga yang kembang & 3 bulatan kecik pink tu sebagai kudup bunga la
kononnya..hehehe
Dalam dia aku tampal je kertas pink & hias dengan ribbon dot-dot..Ribbon ni pun aku cilok dalam bilik mak aku...tapi bukan curi..aku minta tau....Pastu tulis la apa yang patut.....
Sebab xde idea sangat...aku tulis je lirik lagu :
Ibu...ibu...
Engkaulah ratu hatiku...
Bila ku berduka...
Engkau hiburkan selalu....
Pastu tulis la apa2 ucapan untuk ibu..Walaupun kad ni kena serah kat cikgu,tapi ucapan tu tulis la untuk ibu...jangan tulis ucapan untuk cikgu plaks...Kalau tulis juga ucapan untuk cikgu......
Itu memang nak kena ngan Cikgu Rusliza la...hahahaha
Akhirnya,hari Khamis tu,dalam pukul 5 lebih,siaplah Kad Ucapan Hari Ibu ni.....Hari Jumaat sebelum balik aku ngan Shasya pun gi la hantar kat meja Cikgu Rusliza....
Cikgu Rusliza x datang plak tu...Tapi anak dia ada kat meja tu..Dah pesan kat anak dia...Jangan hilang plak kad ni sudah la...Tak sanggup aku nak buat lain...lagi x sanggup nak dengan Cikgu Rusliza marah...hehehehe
No comments:
Post a Comment