Friday, 11 April 2014

SPAGETTI SOSEJ

Ini bekal minggu lepas pun....Spagetti Sosej....


 Asalnya mak aku masak Spagetti Sosej ni untuk makan malam..Pastu kakak request nak bawa bekal esok pagi macam ni juga..Mak aku kata ok je...

Kakak nak bawa spagetti ni sebab dia dh upload gambar dinner tu kt IG..kawan dia kata nampak unik & macam sedap...Sebab kawan dia kata nampak pelik camaner spagetti tu boleh masuk dalam sosej...
Hahahaha......memang la pelik kalau tengok yang dah masak....
Tapi kalau tengok gambar yanng belum masak xde la pelik pun...hehehehe

Aku tau sebab aku tengok proses mak aku masak.....Mula2 potong sosej tu dulu....
 Pastu jolok la beberapa spagetti yang masih keras tu tengah2 sosej....
Dah siap semua tu didihkan air dalam periuk & rebus la sosej yang dah cucuk spagetti tu sampai lembut...
Haaaa...nampak banyak kan mak aku buat...hmmm,mak aku tengah rajin la tu...
Bila dah  rebus memang la spagetti akan jadi lembut....Hmmm kalau nak cucuk spagetti yang dah lembik masak tu memang  mustahil la ....
Pastu makan la dengan sos carbonara ke...sos bolognese ke....Yang ni mak aku buat sos carbonara..letak lada hitam banyak2..pergh,meleleh air hidung..hahahaha..Untuk bekal aku ngan kakak mak aku bungkuskan sos dia dalam plastik.Waktu rehat masa nak makan baru buka plastik tu & tuang la atas spagetti sosej tu...
Terbeliak my BFF aku si Umi Amirah tengok sosej tu boleh menembusi sosej...Tapi bila aku explain kat dia cara mak aku buat....baru dia faham....heeee


No comments:

Post a Comment