Saya dah balik KL dah pun sejak semalam Khamis....Ni cerita tertangguh..hihihi
Sejak sampai Kedah Isnin tu...mak dok sebut sedapnya kalau dapat panggang ikan dan makan nasi kat kampung.Walaupun saya bukan anak yang baik,tapi bab makan saya boleh dikatakan agak baik🤣
Pagi-pagi pi Pekan Rabu.Tapi bukan Pekan Rabu Alor Setar tu.Kalau Pekan Rabu Alor Setar tu memang Kompleks Pekan Rabu yang hari hari buka walaupun namanya Pekan Rabu..
Yang saya pi ni pekan sehari @ kami orang Kedah sebut Pekan Nat.Pekan nat ni kat Tanah Merah setiap hari Rabu.Jual kain baju,aneka makanan siap masak,laul lauk mentah,sayuran,buahan dan eneka barangan.Saya berdua dengan Cella sahaja pi.Mak dah lebih dulu merempit balik kampung kami yang terletak lebih kurang 20km dari rumah kami.Itulah rutin mak setiap hari Pagi pagi akan rempit balik kampung dengan motorsikal.Alhamdulillah,dalam usia 76 tahun,mak masih sihat dan mampu menunggang motor sendirian lebih 40km sehari berulang alik ke kampung setiap hari.Itu perjalanan balik kampung.Belum lagi + mak ke sungai memancing.Kiranya dalam sehari lebih 50km mak "brisk walk" ( bacanya ride)🤭🤭 sebagai salah satu rahsia kecergasan mak.
Sampai kampung dalam pukul 11 pagi,mak dah siap hidupkan api dengan kayu kayu getah.Musin kemarau ni senang dapat kayu api.Kayu kayu kering banyak kat kebun getah belakang rumah.
2 ekor ikan ketuka.
¼ ayam
Guna pemanggang primitif🤭
Sambung dengan ½kg udang
Udang tu dicucuk pada buluh ya g dibelah dan diraut sebesar hujung chopstick.
Inilah cara mak panggang ikan dulu dulu.Guna ranting buluh atau guna seruas buluh yang dibelah dan buku buluh menjadi stopper.
Sambung dengan ½kg udang
Udang tu dicucuk pada buluh ya g dibelah dan diraut sebesar hujung chopstick.
Dulu dulu zaman kanak kanak selalu dapat banyak udang bendang.Udang bendang ni saiznya besar sikit daripada udang geragau ja.Kami akan cucuk berderet pada lidi kelapa dan panggang pada bara api masa mak tanak nasi.Maklumlah tanak nasi guna dapur kayu.Bila nasi mendidih dan airnya dah kering api perlu dimatikan dan hanya tinggal bara.Masa tulah saya panjat tin beras berderet di tepi dapur untuk panggang udang pada bara api.Tin beras tu ialah 3 buah tin biskut 4 segi yang besar tu.2 buah mak isi beras biasa dan sebuah lagi wajib lah tin beras pulut.Setiap kali jemur seguni padi,ayah akan bawa ke kilang untuk mesin padai tu dapatlah 2 tin beras.Makala padi pulut biasanya mak kaut daru jelapang hanya ½ guni dan bila mesin dapatlah 1 tin ++ beras pulut 1 tin beras tu =4 gantang beras
1 gantang kalau dimetriks kan lebih kurang 4kg
So,1 tin beras lebih kirang 16kg
Darab pula 2 tin.Kiranya seguni padi bila dimesin dapat 30kg++
Tiba tiba teringat dapur kat rumah lama zaman kanak-kanak.Rumah kecil berdinding buluh yang dianyam
(sebenarnya bukan la anyam sangat tapi hanya digadas berselang seli)
Inilah lebih kurang bayangannya...hihihi
Dapur rumah kami tinggi kerana ayah buat dapur tu ala-ala dapur gas zaman dulu yang siap ada oven bawahnya tu.Tapi ayah zahirkan dalam bentuk dapur kayu.Bahagian yang ala ala oven tu ayah buat siap ada pintu macam dapur oven tu.Tapi tak boleh la bakar kuih.Sebaliknya dalam tu jadi tempat simpan lauk.Hanya rumah kami dapur "secantik itu" hehehe puji ayah sendiri tak apa kan... rumah lain semuanya dapur dibina berkaki empat macam meja tu dan bawahnya jadi tempat letak kayu api.Sedangkan kat rumah kami bawah dapur siap pintu sliding jadi almari lauk.Bila dikenang dan dibayangkan semula,hebat kreativiti ayah....kreatif cara orang kampung la..menggunakan papan,kayu,buluh dan rotan yang ada disekeliling...Saya masih dapat bayangkan dapur merangkap almari lauk tu.
Itu dulu la.....
Sekarang semua dah dapur gas.Tu sebab kayu api mudah dapat kat kebun getah.Takda sapa nak guna.
Udang pun dah masak.Udang panggang dalam 3 minit dah masak sebab bara api panas dan udang mudah masak.
Untuk lebih feel...kita bentang la daun pisang...daun pisang pun kecut kecut dah...musim kemarau sekarang..suhu cecah 37°C!
4 ekor Ikan Tongkol.Mak panggil ikan mamu.
2 ekor Ikan ketuka( macam anak pari tu)
1 ketul dada ayam
4 cucuk udang
1 mangkuk kicap lemak manis Jalen + bawang hiris,cili padi,tomato hiris dan limau nipis.( Nak makan nanti baru lenyek semua tu)Pastu cium tangan🤣
-- Ulam:
- pucuk mengkudu besar
- pucuk tenggek burung
- pucuk putat
- pucuk senerui(cemumaq)
Sapa nak pedas,cedok bahan sambal kicap tu dalam piring sendiri...patahkan cili tu dan lenyek.Adjust ikut selera nak pedas,masin ,masam tara mana.Cicahlah dengan nikmatnya.Sambil cicah seafood panggang.Jangan lupa selitkan ulam dalam suapan...
Masyaa Allah.....nikmatnya rezeki Allah.
Cella ajak esok balik makan kat kampung lagi..Walau sederhana namun kenikmata. tiada taranya.
ishh ni kalah ikan bakar pak din Tanglin ni
ReplyDeleteHahaha....eh,macam teringin pulak ikan bakar pak din tu..
Deletesedapnya kalau masak sendiri ni...
ReplyDeleteBau asap tu yang lebih feel
DeleteAmmi pun pernah guna dapur kayu dan para dapur kami pun special juga sebab arwah ayah kan tukang kayu...mmg idea dia luar biasa je selalunya.
ReplyDeletekadang2 rasa macam kenapalah dulu kita tak snap gambar2 dalam rumah sbb special sgt rasanya rumah kami dulu bila semua perabot ayah yg "homemade" sendiri ikut kreativiit dia
Kan...tapi tu la...dulu bukan semua ada camera...kena beli film..kena pi cuci...mahal pulak tu...Kita hanya mampu rakam dalam ingatan
Deletekenangan kita yg cucuk udang tu sama.. dapur dengan ayaman buluh tu pun sama.. ya Allah seronoknye kan kalau dpt lalui balik..
ReplyDeletedulu buluh, skrg kami panggang guna batang pelepah nyo.. buang semua daunnye, potong tengah batang tu dan letak ikan.. :D
sedapnye makan ikan panggang tu.. terasa sampai ke sini..
Wah...bagus juga idea guna pelepah nyo tu..pelepah segar tahan dengan api sebab lembab kan
DeleteMasyaAllah Alhamdulillah masih sihat kuat maknya, siap merempit lagi 😃. Sebaya mak saya, tapi mak saya dah tak kuat nak berjalan.
ReplyDeleteSeronok main bakar² mengimbau nostalgia lalu.
Saya sempat merasa dapur kayu di rumah nenek dan rumah nenek mentua. Tapi tak ingat detail rupa dapur kayu tersebut.
Alhamdulillah .kalau banding mak dengan saya....cergas lagi mak🤣
DeleteSekarang ni macam trend jugak kan youtuber masak guna dapur kayu
2pagi baca cerita makngah ni.. aduhaiiii lapar pulak 😂😂
ReplyDeleteHahaha....sabar ye..
DeleteBelum tidur pukul 2.30 pagi...ke bangun tahajjud sempena Nisfu Syaaban..🤲
Moga bonda sihat2 selalu 🤗
ReplyDeletePart cium tangan tu mcm wajibkan lepas picit cabai bawang tu haha...
Dapoq tu sebijik mcm rumah sy dulu MC! Ya Allah terus teringat dapoq mak :) Tapi takdak pintu, mak letak periuk belanga bawah tu...
Dinding buluh tu rumah sy bahagian depan, beranda...
Kita yang oernah merasa dapur kayu tu pasti merindu kenangan lalu kan..
DeleteBeranda juga salah satu port kenangan tu PH