Saturday, 24 February 2024

GULAI IKAN PUYU HASIL MEMANCING

 

Masak Gulai Ikan Puyu & Ikan Keli hasil mengai( memancing)



Ikan haruan,keli dan puyu..


Haruan dan keli mak yang pancing Saya mancing asyik dapat puyu ja🤭


Langit biru ...Sekarang musim panas...suhu mencecah 37

Balik Kedah wajib pi mancing..
Tapi saya tak ikut la mak..Mak ada port dia...Sungai,tali air & tasik..Saya mancing dekat dekat ja..
Bukan jauh pun...depan taman perumahan saya ja..Ada parit & galak ikannnya...Tapi saya asyik dapat puyu ja


Achik pulak kalau mancing memnag akan dapat haruan.Achik pandai menjinakkan haruan dengan teknik casting...hihihi...
Ala yang jenis lalukan umpan atas permukaan air tu...ikan haruan pantang kalau nampak umpan hidup bergerak kat permukaan air.Tapi saya tak pandai mancing cara tersebut.
Achik pun time saya balik ja dia ikut memancing suka suka sambil kami bergosip.

 
Sekarang tengah musim panas/kemarau serta angin timur.Cuaca panas hingga ada harinya mencecah 37°C..Kebanyakan orang berkurung sahaja dalam rumah kerana di luar cucaca membahang.Pukul 5.30 petang panas masih menyucuk kulit.Menjelang 6 petang baru pakat keluar.Kanak kanak berkumpul di taman & yang kat kampung berkumpul tepi bendang main wau.Kami pun pukul 6.30 petang baru berani berjemur nak mancing



Ikan pun kalau time ni baru nak makan umpan Waktu panas terik depa pun bersembunyi dalam lubang kerana air parit pun panas .

Musim padi masak ni ikan puyu besar besar.Warna sisik pun kekuningan dan banyak lemak kerana musim bertelur.Nanti bila hujan turun dan musim menam padi kembali bermula anak anak ikan puyu akan meneras dan membesar seiiring dengan pertumbuhan padi.Musim padi baru tanam anak anak puyu kecil lagi.Musim padi menghijau ikan puyu pun bersisik kehijauan.Bila padi masak ikan puyu kemuncak besar dan sisik bewarna kekuningan  macam padi juga.Isi ikan puyu musim padi masak lebih berlemak dan kebanyakan ada telur.Agaknya kerana musim padi berbuah banyak serangga dan ikan puyu banyaklah sumber makanan.Agaknya lah.....hihihi




Cella give up..Dia mancing ikan takmau makan umpan..Dia tunggu dalam kereta layan lagu..snap gambar pun dari side mirror ja...hihihi



Baru memancing sekejap ja,senja dah mula melabuhkan tirainya..Baru nak syok mancing sebab dah teduh tapi dah senja..
Ikan pun time ni la baru galak nak makan sebab air pun baru mula sejuk..

Keindahan senja...Tapi time senja ni banyak syaiton berkeliaran...Dah,jom balik..
Ikan tu cukup ja dah kalau nak menggulai




Masak gulai cara mak saya,lepas rempah dah pecah minyak,masukkan asam,garam dan terus masukkan ikan.Gaul.ikan dengan rempahan hingga ikan ½ masak baru masukkan kuah.Kata mak saya cara ini ikannya lebih sedap kerana mesra dengan rempahan.Tapi kalau  berniaga biasanya ikan dimasukkan kemudian iaitu selepas kuah mendidih agar ikan   kekal bentuknya.Terpulang pada citarasa dan kesukaan masing  masing.



Dah siap gulai ikan puyu & ikan keli.
Rindu nak makan gulai guna rempah giling sendiri.Masa ni lupa kata ada batu giling yang mak bawa dari kampung dulu.Kalau ingat,harua saya menggiling.Rasanya saya masih ingat bahan rempah dan cara gilingnya.
Bahan yang saya masih ingat:
- cabai kering dalam 10 biji
- Kunyit seketul besar ibu jari
- Rempah ketumbar dalam 1 sudu besar 
- Jintan manis dalam ½ sudu besar
- Jintan putih kurang sikit dari jintan manis
- Bawang merah dalam 5 ulas
- Bawang putih dalam 3 ulas 

- Semua bahan tu kena rendam air panas kecuali kunyit dan bawang.

- Nak giling akan dimulakan dengan giling kunyit.Dah lumat kunyit baru tambah cili dan rempahan lain.

- Kena giling yang lain dah lumat baru tambah bawang bawangan dita.bah akhir sekali.Kalau masukkan bawang awal sangat jenuh berjurai air mata  dek bawangan tu.Haaa ada tips & teknik juga nak menggiling.

- Air basuhan bekas gilingan tu wajib ambil.

Ish..sambil menulis ni sambil saya membayangkan step by step tersebut yang pernah saya lakukan lebih 25 tahun yang lalu.Pernah juga beberapa kali saya homemade rempah gulai ni menggunakan blender.Harum kerana remoah basah segar namun kehalusan nya tidak dapat menandingi batu giling.Nanti bebila balik lagi saya nak asah semula skil menggiling tu.


Gulai Ikan Puyu & Ikan Keli tu dah siap masak terus masukkan dalam bekas...bawa balik makan kat kampung..Sempat la 2x balik makan kat kampung..Makan ikan panggang kat kampung.Tapi kali ke2 masak sesiap sebab kat kampung tengah krisis air..Dah dekat 2 minggu takda air.Penduduk kampung hanya dapat tadah air waktu malam untuk kegunaan siang hari.Ramai yang terpaksa mengangkut dari meter air yang  besar kat simpang masuk kampung tu kerana tak sempat tadah waktu malam.Mungkin juga penggunaan air melebihi simpanan.
Nasib baik kat rumah kami @ Pendang tiada masalah air.Boleh la masak sesiap..bawa pinggan & gelas pakai buang untuk makan kat kampung  


Selain Gulai Ikan Puyu,saya juga masak Sambal Ikan Tongkol,gorwng ikan pekasam & ulam rebus.Ulam tu saya rebus pucuk mengkudu,petai dan betik muda.Eh,ada juga lepat pisang...
Alhamdulillah,dapat la feel makan kat kampung walaupun seadanya.Rasanya dah lebih  10 tahun kot tak tidur kat kampung.Sejak rumah kat Pendang siap,kami memamg tak tidur kampung.Sebelum tu pun rasanya 7,8 tahun juga kalau balik,kami akan tidur rumah Achik.Siang hari balik kampung,malam balik tidur rumah Achik.
Balik makan 2x kat kampung,Achik tak ikut kerana mereka ada Family Day 3h2m bersama keluarga Pakcik @ Banting .Kiranya saya balik Kedah,Achik datang Banting..
Tapi lepas tu sempat juga la Achik balik sebelum kami balik KL...
Sempat juga kami jenjalan ke Perlis sebelum balik KL...

 


8 comments:

  1. Terliur pandang gambar gulai tu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang utara dengan gulai tak dapat dipisahkan

      Delete
  2. Aduhai Cella, macam sy la.. tak de deria ke 6 bab memancing. Umpan habis, ikan lari 🤣.

    Dalam adik-beradik sy, Angah jer yg pandai menggiling. Sy mmg tak pandai, tangan sy halus dan lemah, hahahah. Dan sy juga tak pernah makan puyu dan haruan. Tapi sy boleh bayang la cuaca panas kat Kedah kalau dah smpi 37° tu.. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umpan habis ikan lari memang buat cepat give up..tapi time ikan tarik umpan tu paling feel..
      Tangan halus biasanya berseni bab menghias rumah.Saya bab hias menghias memang fail.Sapu sampah pun tak bersih.hihi

      Delete
  3. Tak sangka ada nama teknik casting... wow

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi...entah betul entah tidak saya tulis nama teknik tu...🤣

      Delete
  4. Ohhh baru tahu kalau mancing puyu waktu lepas tuai padi.. dan bukan waktu panas.. seronok mancing mcm ni teringat dulu masa kecik di Perlis . Bendag belakang kg je.. skrg dah naik kawasan perumahan..

    ReplyDelete
  5. Ammi pun tak ingat pernah makan ikan puyu ke tidak.
    Sambil membaca step menggiling tu terbayang kat mata mendiang nenek giling rempah kalau nak masak. Cara dia angkat sikit batu giling tu kalau nak pecahkan halia, kunyit hidup tu..cara jari dia kaut rempah dari batu.

    nenek suka buat sambal india (yg guna daun kari dan kelapa tu) guna batu giling...sedapnya

    ReplyDelete