Hampir dua bulan asyik makan kar luar & menapaw saja.Semuanya kerana urusan duniawi semata.
Walau rindu bertandang ke dapur maya rakan-rakan namun kehilangan mood akhirnya pulih kembali.Sesekali saya menjenguk juga merisik khabar rakan-rakan semua..Nanun saya hanya pandang dari kejauhan.Menjenguk dari tirai jendela untuk mengintai.Tidak tersapa dengan tinggalan jejak.Hanya singgah sebentar cuma.Alhamdulillah,semua kalihatan sihat dan penuh aktiviti harian.
Hanya SA dengan khabar duka bila Mak Pah warded.Semoga Allah kurniakan kesembuhan
Cikgu Amie tetap ceria ditemani se kenit Daus.Rupanya balik Malaya seminggu satu semenanjung dia tawaf ye..!,🤭
SK si remaja purba tetap romantis bagai merpati sejoli.Eh,baca lates posting,rupanya kak ipaq SK sedang diuji.Semoga Allah kurniakan kesembuhan untuk kak.
PH pula jalan sakan dia mencari tanah tinggi yang sejuk.Nampak jambu la,mangga apple la..buah setoi buah durian belanda dia bikin terliur tau.
Nampak Afzan dok cari etok..sedapnya etok salai.Apa khabar la dak Pia sekarang..
Mummy Ayu yang sentiasa ceria bersama secangkir kopi juga Alhamdulillah nampak sihat dan happy sokmo walau kita tahu ada ujiannya kan...
Eh, Dana..sebut Dana ingat Ayyan & si miaw dia..pokok-pokok bunga serta photo diary.Rajin betul Dana masak memasak.
KakMim pun saya kunjungi juga .Nampak mihun belacan la..pizza la bagai..Eh,depa baru pi dating sambil mengopi la ..romatic kan..😍
Jenguk Wak Ruslan pak tani kaya di Johor pun nampak meriah hasil tani dan ternakan ayam dia.Makan nasi lauk ikna baung dan pucuk ubi menyelerakan betol!Buah nangkadak,abiu,kuini harum sekampung.Durian ada lagi ke tu?
Eh,Ahnaff & Sofea pun syok la dapat jenjalan CH la.Makan Nasi Bamboo la.Mami depa bz tempahan Raya Haji kot,nampak ada kulit tat..hihihi
Ibu Aqil pun...
Sapa lagi ek...kalau ada yang lupa saya sebut....nanti kita singgah lagi.
Makan berdua beranak ngan Cella.Lapar katanya..Dah lama dia tak balik & sebut lapar..masak la jugak walau hanya nasi goreng.Dia balik sebab study week.Tu pun semalam baru balik,hari ni ngan esok dia berulang alik.Tu ja la saya masak..Hari ni kembali menapaw..tapi ada sikit rajin sudahari untuk update blog..
Pun sama rindu nak baca makngah masak apa malam ini bekal apa pagi ini... apa lagi masuk la terus gear 4 update cerita duniawi tu
ReplyDeleteHai Mama Cella!
ReplyDeleteRindu sungguh nak dengar celoteh Mama Cella.
Selalu zikir mudah-mudahan muncullah Mama Cella menambahceriakan dunia maya.
Alhamdulillah, urusan duniawi sudah selesai.
Mari kita berjimba-jimba di dunia maya setelah sekian lama tidak bersua!
Wahhhh..terharu kite.. makngah ingat ahnaff dan sofea 😊. Moga makngah sihat² dan baik² aje ye. Rinduuuuu tau.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan Mak Ngah sekeluarga, insyaAllah.. Amiiinnnn YRA.
ReplyDeleterindu akak juga ni....tu lah duk agak dah akak busy ni,moga dipermudahkan semuanya kak,dipermudahkan juga urusan untuk Adah..
ReplyDelete