Friday, 30 June 2023

AIDIL ADHA 2023

 Salam Aidil Adha 1444.

.Alhamdulillah,raya hari Khamis maka ramai lah dapat pulang ke kampung kerana cuti yang panjang  bersambung weekend.Walau menempuh perjalanan hampir 10 jam tapi memang dah bersedia dengan keadaan itu..


Seperti biasa beraya kat kampung.Semua hidangan  raya kali ini Achik yang masak...Saya hanya rebus laksa semata.Kuah laksa pun Achik yang masak.Lauk pauk lain semua pun by Achik..

Ketupat palas memang air tangan mak la...ketupat air tangan mak terbaik untuk tekak kami semua.

Lemang daun lerek Achik tempah dari kawannya.

Nasi Impit

Kuah lodeh by Achik


Eksesori laksa ja saya tolong hiris.


Ayam masak Pahang style

Rendang hijau Ayam Pence  juga by Achik.
Daging kerbau masak Pahang  nun hujung sana.Daging kerbau tu juadah wajib Pakcik..orang Pahang kan...hihihi

Agar-agar Sirap..saya masak..
Laku keras...licin satu tray besar ni...hihihi


Kek Coklat
Kek Bandung
Kek Buah


Kerepek-kerepek & kuih kering.
Beli putu kacang dan putu beras ja
Lain-lain  tu kerepek semuanya.
Kerepek ubi
Kerepek pisang
Kerepek gunting
Maruku ikan


Air Siren..
Sirap+ Oren + hirisan lemon..
Pun laku keras ...sesuai untuk hilangkan muak .


7 comments:

  1. alhamdulillah. meriah menu raya nya
    salam aidil adha.. :-)

    ReplyDelete
  2. Meriahnya raya.
    Alhamdulillah dapat berkumpul bersama keluarga.

    ReplyDelete
  3. Meriahhh.. tak pernah tak meriah setiap kali raya. Nanti minta acik share resepi Ayam Masak Pahang tu boleh? Dengan Kerbau Masak Pahang, kot nanti boleh try tapi kita tukar dengan lembu la kot, hihi.

    ReplyDelete
  4. Salam Aidil Adha utk MC sekeluarga
    Meriahnya juadah raya depa. Kalau balik kampung mau pi tumpang beraya rumah Acik jugak ni haha...
    Agaq² sirap tu lejen noo....

    ReplyDelete
  5. Salam aidiladha
    Ramainyer menu raya sesedap

    ReplyDelete
  6. pakcik masak opor kerbau ke kak?

    ReplyDelete
  7. sedapnya ketupat palas...tahun ni tak merasa pun kat mana-mana masa raya puasa mahupun raya hadji

    ReplyDelete