Salam Ramdhan ke 16..Yang mana. anak-anak sekolah semua sudah kembali semula ke sekolah hari ni kan.Tiada lagi penggiliran.Kembali ke asal.Yang bekerja,menanti hari wsok untuk cuti Nuzul Al-Qur'an.Tapi ada negri yang tak bercuti kan ..kerana mereka memilih untuk bercuti pada awal Ramadhan.
Iftar hari Ahad 15 Ramdhan hanya masak simple sahaja.Banyak masa dihabiskan dengan mengukis.
Untuk anak-anak saya hanya masak speghetti bologblnese cendawan.
Kelam kabut kerana hampir azan baru siap masak sos ni .Terus angkat spaghetti dengan penapisnya dan angkat juga sos ni dengan periuknyağŸ¤
Jangan ditiru perangai tak senonoh ni...hihihi
Saya tak menggemari Spaghetti bolognese.Kalau pasta lain atau spghetti dimasak olio atau carbonara,saya suka saja
Maka untuk diri sendiri saya buat Nasi Goreng Ikan Masin Kailan ni.Goreng juga keropok keping dan telur mata.Timun mini tu sengaja tak hiris.Terpengaruh dengan cara makan timun rakan-rakan dari seberang.Mereka makan nasi berulam timun tanpa hiris,sebaliknya dihidang sebiji-sebiji.Selepas suap nasi mereka gigit timun.Nikmatnya tengok depa makan macam tu.Saya pun meniru..
Ya betul...sedap timun makan macam tu
ammi selalu je buat perangai tak senonoh tu..
ReplyDeletebuat untuk kesenangan diri sendiri...tapi bila fikir itulah yg anak dara kita tgk dan itulah juga cara dia akan bawa ke rumah mertua nanti ammi jadi macammmmmm..alahaiiii.