Semalam punya iftar ..Ramdhan 12 hari Khamis...
Masa mihun goreng saja sama secawan teh hijau.
Masa ala kadar sahaja sebab nak iftar pun sengsorang saja.Tekak orang tua pula kan ..makan sahaja apa yang ada..hihihi...
Alhamdulillah,kita masih dikirimkan rezeki dari Allah s.w.t.
Seperti biasa kalau masak mihun goreng,saya suka makan dengan telur rebus.
Guna rencah sikit isi ayam,sikit sosej dan cendawan apa tu yang besar-besar tu...
Harum betul bau cendawan sama isi ayam bila ditumis..
Bila masuk cili kisar sama bawang kisar dah boleh jadi lauk sambal tumis dah ni...tapi kita nak tambah mihun kan....
Sayur pun ada kobis,tomato dan daun sup sahaja
Kelentang kelentung dalam 10 minit dah siap.
Ini lah juadah iftar saya semalam 13 Ramadhan ..
Nampak sedap, penuh rencah! Hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah....
DeleteSaya memang penggemar mihun berbanding mee...
Nampak sedappp, macam boleh dibawa ke sahur sekali tu 😍😍😍.
ReplyDeleteTetiber terindu mihun goreng arwah mak mertua.
Macam tau ja..mihun tu membawa ke sahur🤭
DeleteSemoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman🤲
Masak sendiri, puashati boleh letak macam2 rencah kan...sedap pun sedap nampaknya tu.
ReplyDeleteBetoi..
DeleteKadang main campak ja apa yang ada...
Kadang hanya telur semata pun jadi kerana saya memang suka mihun
Selalu makan bihun goreng waktu sarapan pagi. Bila bulan puasa memang sedap dibuat juadah berbuka.
ReplyDeleteBetul mak cella.. rencah mihun mmg bole jd 1 dish..
ReplyDeleteKita geng.. kak lin pun suka mihun.. 🤩
Lama dah tak makan bihun goreng ni. Rasa kena makan hari ini pula rasanya
ReplyDelete