Rumah aku meriah lagi sebab nenek & abang masih ada....kakak pun ada juga..
Buka puasa ber 5 ...
Nenek yang masak...
Awal awal pagi lagi nenek dah gi kedai beli udang...ulam untuk berbuka puasa petang..
Tengahari nenek dah siap masak Sambal Udang ni..
Habis sambal ni aku ngan nenek ngan kakak makan..
Mak aku ngan abang x suka udang...
Yess...heee
Kalau RESIPI SAMBAL UDANG MAK AKU KAT SINI...
Yang bawah ni resipi nenek...
SAMBAL UDANG
15 ekor udang
minyak
garam& gula
1/2 camt asam jawa @ 1 asam keping
Bahan Blend:
10 cili kering-gunting & rebus
5 bawang merah
sikit belacan
1. Blend cili & bawang & belacan.
2. Panas anggaran 1/2 cawan minyak.
3. Goreng udang hingga masak .ketepikan
4. Dalam minyak yang sama..tambah jika perlu...Tumis bahan blend hingga garing.
5. Masukkan asam & garam & sikit gula..
6. Masuk udang.biar 5 minit & siap
Ayam Masak Rempah ..
Sebenarnya mak aku kata nak buat Ayam Masak Kicap untuk abang..
Tengah masak mak aku kata cari kicap x jumpa..
Mak aku kata kicap tu baru beli minggu lepas belum guna pun..
3 hari lepas tu baru jumpa...hahaha...
Rupanya minggu lepas masa Achik datang Achik kemaskan kabinet dapur,,achik letak kicap tu belakang balang gula jer...
Tu lah kisah Ayam Masak Rempah ni...
AYAM MASAK REMPAH
1/4 ayam -potong kecik
3 biji kentang- potong baji & goreng hingga masak
1/2 bungkus rempah masak kicap/ rempah sup serbuk
1 bawang besar-hiris bulat
2 bawang putih-cincang
sikit daun sup cincang
Minyak masak
garam kunyit
1. Garam kunyit ayam & goreng hingga masak.Goreng ula kentang
2. Kurangkan minyak & tinggalkan dalam 3 sudu & tumis bawang putih & rempah Yang sudah dibancuh
3. Biar hingga pecah minya.
4.Masukkan ayam & sikit air,bawang & kentang.
5.Biar pekat & angkat.tabur daun sup
Kuih Badak Berendam..
Mak aku masakkan..Mak aku kata nenek nak makan Kuih Tepung Bungkus..
Tapi mak aku kata malas nak buat Tepung Bungkus...
Sebabnya beli santan segera mak aku kata x cantik nak buat tepung bungkus...
Nanti melekat pada daun pisang..
Kalau guna santan segar baru Kuih tepung bungkus jadi sedap dan canti..
Oooooo.....
Mmmm....aku mana tau...
BADAK BERENDAM...
inti kelapa:
1kelapa parut putih ( dalam 3 cawan la)
2 Gula Kelantan ( Gula Melaka)
3 sudu gula pasir
1sudu kecik garam
1/2 cawan air
2 daun pandan
2 sudu tepung gandum
Badaknya:
1cawan tepung pulut putih
1/2 cawan tepung pulut hitam
Air secukupnya
Kuahnya:
4cawan santan pekat
4sudu tepung beras
1camt garam halus
1camt gula
2 daun pandan
1. Mula-mula buat inti kelapa.
2. Pastubentukkan inti kelapa jadi bebola sebesar guli...
jadi macam playdough..Warnanya memang belum gelap..tapi bila masak nanti akan lebih gelap
Kalau xde daun pisang alas je dengan piring.
7. Buat hingga habis semuanya..Kemudian masak air setengah periuk hingga mendidih.
Rebus bebola hingga timbul seperti buah melaka.
sambil dikacau hingga mendidih & kuahnya sedikit pekat.Tutup api
*** LANGKAH DEMI LANGKAH BOLEH KLICK KAT SINI....
Ni plak Popia yang mak aku buat juga...Belum goreng lagi
Ni yang dah goreng...mak aku buat 20 biji tapi goreng 10 biji jer sebab takut x habis..
Bakinya mak aku goreng masa sahur..
POPIA GORENG
1 bungkus kulit popia(spring roll)
Minyak masak untuk goreng
1 putih telur
Bahan Inti:
10 cendawan kering-rendam & hiris halus
1 bawang besar- dadu halus
3 bawang putih dadu halus
1 keping dada ayam- dadu halus
sikit minyak zaitun,garam & lada hitam serbuk
1 telur untuk jadikan gam masa gulung popia
1. Panaskan sikit minyak sekadar untuk tumis dalam 1 sudu sahaja
2. Tumis bawang putih & bawang besar sampai layu.
3. Tambah isi ayam & kacau sampai warna ayam jadi putih
4. Tambah carrot & cendawan racik halus
5. Tambah garam & lada sulah.
6. Jika suka tambah telur & goreng hancur..
7. Biar sejuk dulu baru guna untuk isikan dalam kulit popia & siap untuk digoreng
8. Bentangkan kulit popia & isi inti memannjang antara penjuru kulit popia & gulung dengan kemas.
9. Sapu putih telut dihujungnya sebagai gam.
10. Goreng dalam minyak yang banyak & hidangkan dengan Thai Chilly Souse
UNTUK LANGKAH DEMI LANGKAH NAK GULUNG POPIA NI...KLICK ENTRI NI...
Air Wajib Dalam Bulan Puasa...Air Tembikai..
Tiap tahun dalam bulan puasa nenek akan call aku & tanya mak aku beli tembikai x?..
Kalau aku cakap x..mesti nenek aku call mak aku plak pesan suruh buat Air Tembikai ni untuk aku...abang & kakak..
Hahaha...sampai camtu ooo..
Tahun ni seminggu aku dapat puasa ngan nenek..So, xyah risau..Air Tembikai Pasti Adaaaaaaa.....
No comments:
Post a Comment