Puncanya pukul 3.30 pagi mak aku dah kejutkan aku untuk gi amik abang kat Hentian Duta...
Abang tengah cuti semester 2 minggu..Malam tu abang naik bas pukul 11.00 malam..
Biasanya dalam pukul 4.30 pagi abang akan sampai la..Sempat la balik rumah bersahur
Tapi kami tunggu sampai pukul 5 pagi abang belum sampai..Pukul 5.30 baru nampak bas yang abang naik tu masuk...Memang x sempat nak balik sahur la...Pastu abang terus gi beli sandwich & air mineral kat gerai tepi bus-stand tu...Sambil mak aku drive abang pun buka sandwich tu...
TAPI....bukan sandwich rupanya...hanya roti sapu marjerin..Dahtu marjerin dia bau hapak memang x boleh nak telan la...Akhirnya semua pakat minum air je...Sampai rumah dah pukul 6.00 pagi..huhuhu..
Kuih Ketayap....
Kuih berbuka hari Ahad tu..
KUIH KETAYAP..
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 cawan air pandan ( blend daun pandan + air sukat 1cawan)
1 biji telur
sikit pewarna hijau
sikit garam 2 sudu minyak
Inti Kelapa:
Boleh Klick Sini
1. Semua nbahan kuih diblend hingga halus & tidak bergentel
2. Begini rupa better yang dh diblend
3. Sapu sikit je minyak pada kuali yang sudah dipanaskan.Tuang sesenduk better & buat pusingan dengan belakang senduk hingga menipis seperti mamak buat tossei.
4. Dah siap masak angkat
5. Isikan inti kelapa memanjang..
6.Gulungkan sedikit sekali sahaja
7. Sambil tu lipat kiri kanan supaya inti tak terkeluar
8. TEruskan gulung hingga hujungnya degan kemas
9. Dah siap...
Susun kemas-kemas dalam pinggan
Potong 2 jika nak nampakkan intinya...
Ni plak Sup Sayur + kaki & Leher ayam...
Minta resipi,mak aku kata malas nak taip...Mak aku baru nak solat..
Ikan Siakap yang dah siap goreng nak buat Siakap 3 Rasa..
Ni kush sos 3 rasa yang sedang mendidih dalam kuali..
Masa nak berbuka aku pun lupa nak amik gambar ikan yang dak dihias dengan sos ni..huhuhu
Masa berbuka ingat nak makn jer..heee
Sayur Kacang Bendi Tumis Sotong Kunyit...
Ayaq Cendoi...
Hahahaa...neper tetiba aku cakap loghat utagha..?
Sebab abang la ni...
Sejak abang sambung belajar kat utara ni..abang dah cakap utara..
Abang kata Ayaq Cendoi ni xsedap sebab Cayaq Ceroi...
Hahahaha....apa yang abang mencarut tu...?
Rupanya abang kata cayaq ceroi tu maksudnya cair la...hahahaha
Ni cendol yang abang beli kat Bazar Ramadhan Sungai Besi...AKu ngan abang jer minum..Mak aku xnak ais..Mak aku minum teh 0 panas ngan air suam jer....
No comments:
Post a Comment