Hari Jumaat...Iftar hari ke-2 masih bebrbuka bertiga..
Kakak masih cuti lagi...
Seronok dapat makan agak ramai sikit...
Kalau makn berdua ngan mak aku je...hmmm aku jer lah yang makan ...mak aku dah x makan sangat dah..kata mak aku..nak deit ...hahahaha
Asam Pedas Ayam..... Haaa...snap dari dalam periuk lagi...
Lauk peberet kakak...kot..hahahha
Nampak merah menyala kan...
Tapi seriously...x padas sangat pung..
Aku boleh makan cenggitu jer...
ASAM PEDAS AYAM
6 ketul ayam
2 tangkai daun kesum
1/2 cawan air asam jawa
1 buah tomato
garam & sikit gula
1/4 cawan minyak
Bahan Blend
15 cili kering-potong & rebus
1 bawang besar
3 bawag putih
1 hiris lengkuas
1 batang serai
sikit belacan
sikit kunyit hidup
1. Panaskan minyak & tumis bahan blend hingga naik minyak & garing
2. Masukkan ayam & kacau hingga ayam kecut
3. Masukkan air asam jawa + 2cawan air
4. Biar mendidih hingga ayam empuk & masukkan garam sikit gula , buah tomato *& daun keseum
Ni plak Masak Kicap Ikan..request dari haku ler ni....
Dua-dua ekor ikan ni aku makan sowang-sowang jer..heee
MASAK KICAP PEDAS IKAN
2ekor ikan kembung besar- sapu garma kunit & goreng garing
3sudu minyak
1/2 cawan kicap manis
2sudu air asam jawa
serbuk lada hitam-jika suka
1 cili potong
1/2 bawang besar hiris
daun sup
bahan blend:
2biji cili merah
1/2 bawang besar
2 baeang putih
sikit halia
1. Panaskan minyak & tumis bahan blend hingga garing
2. Masukkan air asam jawa & kicap & tambah sikit air.
3. Masukkan ikan..bawang cili potong & lada hiram
4. Tabur daun sup
Ni plak Sardin Roll versi pastri..
Mak aku kata kalau biasa buat ngan roti gardenia..tapi yang ni buat kulit dia ngan tepung..
Inti dia still sardin la....sebab tu namapun Sardin Roll..
Heee...tu pun tak tau....
Sardin Roll sebelum digoreng..
Dah nak makan bari goreng,,,
Baru la sedap dan garing...
SARDIN ROLL
kulit:
2 cwan tepung gandum
1 sudu teh marjerin..jangan guna banyak nnati kulit akan jadi gebu & x rapuh
sikit garam
air
Minyak untuk goreng
1. Uli teping dengan marjerin garam & air agak-agak hingga boleh dibentuk..Uli sampai lembut dan licin macam nak buat karipap.
2. Bahagikan kepada 10-12 bebola.
3. Ambil sebiji bebola & gelek hingga nipis memanjang.
4. Latak sikit ini & gulung sambil pegang dua-dua hujung kulit tu supaya inti x keluar.
5. Goreng dalam minyak sederhana pans hingga garing
Inti:
1 tin kecik sardin -ambil isi je
1 bawang besar-cincang
sikit cili padi
minyak untuk tumis
daun sup cincang
1. Panaskan minyak & tumis bawang..
2. Hancurkan isi ikan sardin & masukkan dalam tumisan & masukkan cili & tabur daun sup..
3. Biar sejuk dulu baru guna
Minuman..?
Jeee...Air Oren jer...
Mak aku am biasa la Teh 0 limau panas....
Ais tu hanya ku ngan kakak jer..
Mak aku xnak minum ais...
No comments:
Post a Comment