Pulut Sambal & Kopi Panas....Tapi ni mak aku nyer air kopi..Aku minum air kosong je..
Walaupun nampak macam Nasi Lemak...tapi ni memang bukan Nasi Lemak...
Pulut Sambal...sarapan weekend...Semalam kan hari Ahad...dapatlah malas2 nak bangun tidur..lambat2 mandi...& lambat2 makan...heee
Sepatutnya kakak bawa bekal Pulut Sambal ni gi kerja...tapi sebab mak aku lambat bangun...ala bukan lambat banyakpun...mak aku kata lambat sikit je pun...Selalu bangun pkl 5.00 pagi..tapi semalam maka ku kata dia bangun dah pukul 6.00 pagi .Selalu jarang la nampak mak aku bangun lambat,tapi semalam mak aku kata sebab dia makan ubat batuk ,jadi mengantuk...Ooooo,kalau makan ubat batuk,mengantuk ke...?
Pukul 6.30 dah nak hantar kakak gi kerja..jadinya kakak x dapat la bawa bekal ni..Balik dari hantar kakak baru mak aku mula masak Pulut Sambal ni...2 bungkus mak aku makan..&...&...& lagi 4 bungkus ..aku yang makan..hahahaha...
Pulut tu ada lagi yag dah masak tapi mak aku x bungkus..simpan untuk kakak balik kerja nanti...mak aku kata kalau bungkus siap2 ngan sambal tu takut basi..
PULUT SAMBAL ..mak aku
3 cawan beras pulut- rendal semalaman
1 cawan santan pekat + sikit garam & sikit gula
daun pisang- layurkan supaya lembut
Sambal:
1 cawan ikan bilis
1 cawan cili blend + 1 bawang besar
1 asam keping
garam & sikit gula melaka
minyak
1. Beras pulut yang dah rendam,kukus sampai masak
2. Masa masih panas tuangkan dalam mangkuk besar & gaul dengan santan yang dah campur garam & gula.
3. Mula gaul memang nampak berair tapi jangan risau sebab nanti pulut tu akan serap santan & pulut akan jadi cantik & berkilat.
Samabal:
1. Panaskan minyak dalam kuali & goreng ikan bilis.angkat
2. Minyak yang sama,tumis cili yang dah blend dengan bawang besar.
3. Bila dah garing & berminyak,masukkan asam keping,garam & sedikit gula melaka.
4. masuk ikan bilis goreng & kacau sampai kering.
5. Sendukkan sedikit pulut & letak atas sekeping daun pisang.Letak sikit sambal & bungkus macam nasi lemak
Makan dalam pinggan pun ok je..Tapi kalau bungkus memang feel la nak makan...bau daun pisang tu memang best..
*****Pesan mak aku.......Lepas pulut yang dah masak tu digaul dengan santan,dah kira siap & boleh makan.Walaupun santan tu mentah tapi sebab pulut masih panas,sudah cukup memasakkan santan & sebab tu pulut nampak berkilat & berminyak.Lagipun rasa lemaknya lebih terasa berbending dikukus lagi sekali,pulut akan jadi lembik & berminyak..Tetapi kalau untuk jamuan yang jumlahnya banyak,selepas digaul santan elok dukukus lagi sekali untuk mengelakkan cepat basi.
No comments:
Post a Comment