Masa mak aku bubuh dalam pinggan untuk aku makan,ingatkan Nasi Arab...
Bila tanya kat mak aku,mak aku kata ini Bukan Nasi Arab..
Habis tu kalau bukan Nasi Arab...nasi apa..?
Nasi Mandy ke..?
Pun bukan...
Habis tu..?
Ini Bukan Nasi Arab...
Ini Nasi Mentega je..
Ooooo..ingatkan Nasi Arab...
Asal nasi tu beras dia panjang & ada lauk kambing je,aku ingatkan Nasi Arab..mana la aku tau....hehehehe jangan marah ye orang Arab.... :-)
Nasi ni makan ngan lauk kambing bakar...tapi bakar dalam oven la..
masa mak kau tengah marinate daging kambing ni ,aku terbayangkan buat BBQ..Kalau dapat cam buat BBQ tu mesti best...Hmmm nanti time balik kampung nak ajak Pak Njang buat BBQ lah...
NASI MENTEGA LAUK KAMBING..
Nasi:
2cwn beras basmathi
2 1/2 cwn air
3 sudu butter
sikit garam
1/2 bwg besar- hiris
Kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih
2.Panaskan butter dalam rice cooker & tumis bawang rempah tumis.
3. Masukkan air & garam.
4. Biar hingga air mendidih baru masukkan beras.
5.Kacau sekali sahaja & biar nasi tanak.
6. Bila dah masak,hanya kaiskan nasi dengan gafu cecara perlahan supaya beras tidaj patah..
Lauk Kambing Bakar
Beberapa keping lamb
2 bawang putih
1 sudu daun rosmary
sikit garam
sikit lada hitam
1. Tumbuk bawang putih,rosmary,garam & lada hitam hingga halus.
2. Sapu pada lamb & biar 1 jam
3. Panggang hingga masak.
5 keping kambing ni aku makan ngan mak aku sebab kitorang memang suka sesangat kambing.Hari tu masa Kem Motivasi Pengawas cikgu2 buat BBQ kambing...tapi untuk cikgu2 jew...Aku memang terliur sangat..tapi apakan daya hanya untuk cikgu2 jew..Tapi aku je kot yang terliur sebab kengkawan aku yang lain boleh dikatakan semuanya x suka kambing...ish3...rugi kan.. kan... kan...
Tak pe..hari ni aku makan puas2..heeee
Sebab kakak x makan kambing,mak aku gunakan 3 ketul kecik ayam untuk kakak.Kakak hanya makan waktu malam sebab dia kerja semalam..
Mak aku juga buatkan Air Bandung..tapi x amik gambar sebab malas...hahaha
No comments:
Post a Comment