Thursday, 1 May 2014

SPAGETTI DAGING..BEKAL KAKAK HARI MINGGU


Ni bekal Spagetti Daging...bekal kakak hari Ahad minggu lepas.....
Kakak xnak bawa bekal sebab kakak kata dia nak makan roti jew..Tapi mak aku paksa dia  bawa juga bekal...ingatkan ada kawin paksa je..rupanya bekal paksa pun ada..

SPAGETTI DAGING

1/2 pkt spagetti
2 bawang putih
3 sudu minyak olive
150gm daging batang pinang
garam
daun sup

1. Rebus spagetti dalam air mendidih yang dicampur garam..
2. Panaskan minyak olive & tumis bawang putih cincang..
3. Masukkan daging yang dipotong jalur.
4. Bila daging dah masak,masukkan spagetti & kacau rata..tabur daun sup cincang

*** Pesan mak aku ..guna daging batang pinang sebab ia lembut & x liat...
Hmmmm..aku pun xtau kenapa daging tu nama batang pinang...Pokok pinang aku tau la sebab kat tepi rumah nenek di kampung memang ada pokok pinang...heeee

No comments:

Post a Comment