Siapa orang Perak?
Kalau orang Perak pasti la tau Beruas ialah salah satu nama tempat kat Perak kan..Yang bukan orang Perak pun tentunya tahu kerana kita pernah belajar Sejarah dan juga sebagai pengetahuan am nama-nama tempat di Malaysia.
Buah beruas..nampak seakan buah manggis kan...rapi warna merah terang yang cantik.
Tampuk atas ya seakan buah manggis dan tampuk bawah juga seakan mnaggis tapi tampuk bawah tu sedikit menguncup macam mulut orang nak kiss 😘 kan..hihihi
Saiz buahnya tidaklah besarana....lebih kurang manggis juga tapi rasanya macam kevik sikit kot....hehehe..Haaaa baru saya ingat....rasanya bentuk dan saiz buah beruas ni lebih hampir dengan buah mesta..
Sebab bahagian tampuk bawah tu menguncup macam orang 😘 tu kan...
Katanya asal usul Beruas kat Perak tu daripada pokok dan buah beruas...So,orang Beruas measti kenal.la pokok beruas kan...Kalau yang tak kenal ...kena la kenal juga...hihihi
Untuk makluman saya dapat buah ni kat UPM...banyak berguguran di bawah pokok.Terdapat beberapa batang pokok beruas seaiz pemeluk orang dewasa.Berani ambil sebab Cella cakap lecturer dah bagi kebenaran,student boleh je petik dan makan apa apa buah macam rambutan,manggis etc( durian tak termasuk kot🤭)
Boleh makan secukupnya tapi jangan la pulak petik pi jual...itu melampau namanya..hihihi..
Pokok beruas ni memang tepi jalan dan buahnya lebat berguguran ke bumi dilenyek kenderaan yang lalu lalang.
Hari tu saya ada juga petik buah kandis dek sayangnya tengok berguguran membusuk di bawah pokok kerana tak semua orang kenal buah hutan/buah nadir yang boleh di makan..
Kalau ada yang nak tengok rupa isi buah beruas dan apa rasa isinya ....boleh tengok
chanel youtub saya KAT SINI
Semoga bermanfaat


Mula baca tadi nampak siapa orang pekak? 🤣. Adoi la petang2 ni mata kurang jelas. Tak pernah tengok buah ni.
ReplyDeleteHahaha...nampak sangat letih puasa tu...hihihi
Deletehahahah contoh mcm org nk cium tu kelakar hahaha... warna buahnya cantik. Patut la takde yang ambil masam rupanya ingatkan buah dia rasa mcm manggis gak
ReplyDeletehihihi...rapi memang macam 😘 kan ...🤣
DeleteDengaq nama ja, tak pernah tengok buah beruas ni.. kalau yg buat ulam tu pucuk bebuas kan mak Cella?
ReplyDeleteYa...pucuk bebuas buah dia kecik macam terung ceweng....ni pokok besar jenis balak....raktau la tempat kita ada ke tak pokok ni
DeleteTak pernah jumpa lagi buah ni
ReplyDeleteKena pi Perak la Wak...hihihi
DeleteKalau jauh sangat..singgah je UPM te gok pokok ni...sekarang musim buahnya masak...tapi isinya masam
Alamak, x pernah jumpa buah ni kt sini, nama pun sama
ReplyDelete