Pejam celik pejam celik..dalam sedar tak sedar Syawal 1445 dah hari terakhir..
Esok Jumaat dah masuk Zulkaedah..Berbaki hanya 2 bulan sahaja lagi tahun Hijrah 1445..
Bila mula tinggalkan blog tak berupdate..jenuh nak hidupkan semangat yang kian malap.Banyak ja gambar dan cerita yang tertangguh dan terbiar dalam gallery dan draf tidak tersusun.
Tayang menu puasa 6 ja lah dulu..Puasa 6 kali ni pun berselang seli sahaja..Tidaklah berturut-turut seperti tahun tahun yang lalu.Apapun syukur Alhamdulillah,akhirnya dua hari lepas selesai juga puasa 6 walau dah hujung hujung.
Tak apa kak. Mumpung mood sedang bagus untuk menulis, dipost saja semua 😄. Nanti kalau dah sibuk master, makin tak bisa 😅
ReplyDeleteLihat bihun putih, jadi teringin pula nak buat
Mana-manalah yang sempat ditulis dan dipost kan Mama Cella. Saya pun kalau boleh setiap hari hendak menulis kecuali kalau dah sibuk sangat memang tak buka Mr Lappy.
ReplyDeleteSemoga hasrat untuk sambung belajar akan tercapai.