Lagi antara bekal Cella pi kerja..
Nasi Putih
Sambal Udang
Sayur Kacang Panjang Tempe
Saya memang ada sediakan bahan kisar sesiap dalam peti ais untuk mudahkan kerja masak.
Cili Kisar
Bawang Besar Kisar
Bawang Putih Kisar
* Bawang bawangan saya blend tak gun air tapi saya menggunakan minyak masak sepenuhnya supaya tahan lebih lama.Setakat seminggu dua mwmang elok ja.Kalau ada idea lain boleh share ye rakan-rakan.
300 gm udang
½ cawan cili blend( cili ni memang pekat kental- saya beli dari Rose)
1 sudu bawang kisar
½ sudu bawang putih kisar
1 asam keping ( saiz keci)
minyak,gula garam
1. Gaul.sikit garam dan serbuk kunyit pada udang.
2. Panaskan 2 sudu minyak dan goreng udang hingga bwrtukar warna merah cantik dan masak.Ketepikan.
3. Tambah ¼ cawan minyak dalam bekas goreng udang tadi dan tumis bawangan dan cili blend.Masukkan asam keping dan masak hingga naik minyak ,baru masukkan udang.
4. Perisakan dengan garam dan sedikit gula perang.Sesuaikan rasa.
SAYUR KACANG PANJANG & TEMPE TUMIS PEDAS
2 keping tempe- potong dadu
1 cekak kacang panjang
5 bawang putih- ketuk pecah-pecah
10 cili padi merah vietnam- hiris serong( kalau taknak pedas skip cili)
Sejemput bilis bersih
minyak,garam,gula,kicap cair
1. Panaskan minyak anggaran ¼ cawan dan goreng tempe hingga garing.Ketepikan.Goreng pula bilis dan ketepikan.
2. Dalam minyak sama,tumis bawang putih yang diketuk dan cili padi yang dihiris serong.
3. Bila harum dan nampak bawang masak,masukkan kacang panjang & tempe serta bilis.
4. Perisakan dan siap
* saya memang tidak tambah air langsung.
Mee Telur & Telur Rebus
1 bungkus mee telur cap 3 ayam
1 keping dada ayam
1 sudu cili blend + 1 sudu bawang blend
Cili merah & daun sup
Minyak,kicap,garam,
Telur rebus
1. Jerang air untuk celur mee.
2. Potong dadu isi ayam & perisakan dengan sikit garam & kicap.
3. Panaskan minyak dan goreng isi ayam hingga masak.
4. Tambahkan bahan blend dan sikit air.Masak hingga pecah minyak.
5. Celur mee dalam air mendidih dan bila nampak mee dah lerai terus cedok dan masukkan dalam tumisan.
6. Renjis kicap dan perisakan ikut kesesuaian.Tabur daun sup
**1 bungkus mee ni sesuai untuk
2-3 orang( kalau jenis makan sikit la)
DAY 3:
Nasi Putih
Ayam Berlada
Ulam Timun
Saya suka beli ayam bahagian dada sahaja untuk masak bekal dan untuk rencah mee,mihun etc.Ini kerana bahagian dada mudah disiang,ambil masa cepat untuk empuk dan mudah nak makan takda tulang.
2 keping dada ayam-dadu
minyak,garam,gula,daun sup.
Bahan Blend:
6 cili merah
5 cili padi merah( kalau tak suka pedas boleh skip)
Daun sup & daun bawang selalu menjadi eksesori hidangan saya kerana saya sukakan warna warni.
1 bawang besar
3 bawang putih
1. Gaul isi.aayam dengan garam dan serbuk kunyit
2. Panaskan ½ cawan minyak dan goreng isi ayam hingga masak.
3. Tanpa angkat ayam,terus curah baham blend .Terus masak hingga naik minyak.
4. Perisakan dan tabur daun sup
Masakan biasa akan lebih menyerlah dengan taburan dedaun sup/bawang.Bandingkan pic diatas dan bawah...iaitu sebelum dan selepas tabur daun sup..bereza effectnya kan...
DAY 4
DAY 4
VERMICELLI SARDIN ADABI TIN MERAH
Saya gunakan sardin Adabi yang tin merah ni.Sosnya lebih sedap,merah menarik dan ikannya pula hanya sebesar jari telunjuk.Setiap tin ada 5-7 ekor ikan kecilnya.
½ paket pasta vermicelli
1 tin kecik sardin Adabi tin merah
½ bawanh Holland cincang
3 bawang putih cincang
1 tomato masak- cincang
5 cili padi merah( boleh skip juka taknak pedas)
1 sudu chilly flakes
1 kiub bilis/ayam
minyak,garam,daun sup/ basil
1. Jerang air + ½ sudu teh garam untuk rebus pasta.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang bawangan,cili padi dan tomato cincang.
3. Rebus pasta hingga ½ masak sahaja.Lebih kurng 3 minit sahaja.
4. Masukkan kiub ayam,sardin dan sosnya dalam tumisan.
5. Terus kaut pasta dari air mendidih dan terus masukkan dalam tumisan.Tidak mengapa jika pasta belum cukup lembut kerana kita akan terus memasak dalam sosnya.Lagi pun pasta lebih sedap jika sekadar al dente.
6. Kacau gaul rata & sesuaikan rasa.
Tabur chilly flkes,daun sup @ nak lagi sesuai gunakan sweet basil.
MEE TELUR KICAP PEDAS
Lebih kurang mee telur day 2..
Cuma mee telur yang ni versi simpl dimple...
Hanya guna kicap pedas ni semata..sebab dah cukup masin,manis dsn pedasnya.
MEE TELUR KICAP PEDAS
1 bungkus mee telur cap ayam
3 bawang putih - ketuk
½ cawan isi ayam kiub
minyak
telur rebus
1. Jerang air untuk celur mee
2. Panaskan sikit minyak dan tumis bawang putih
3. Masukkan isi ayam dan goreng hingga masak.
4. Sementara itu celur mee dan terus masukkan dalam tumisan
5. Rejis kicap pedas dan gaul rata.Masak hingga naik wap dan mee lembut.Sesuaikan rasa & tabur daun sup.
wahhhh... best ni ada idea utk bekal minggu ni... sy pun suka guna dada ayam atau fillet ayam utk masak bekal... senang makan guna sudu je... nk goreng kunyit pun mudah... utk blend bawang tu mmg guna minyak takde air langsung ye kak? sy x pernah try letak minyak semata walaupun selalu jugak baca org buat mcm tu
ReplyDeleteKan..dada ayam senang nak masak ..
DeleteYa saya hanya guna minyak semata tanpa air
wah..semua nampak sedap..alhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah....
DeleteSekarang ni wak dah tak pernah bawa bekal kalau pergi kerja.
ReplyDeleteTapi kena bersarapan beratlah untuk alas perut.
Sedap lagi makan kat rumah dalam kondisi makanan masih panas kan qak .Sarapan berat tu biasanya wak makan apa tu ...?
DeleteKita pun blend bawang guna minyak masak. Setakat ni alhamdulillah ok.
ReplyDeleteSedapnya nampak ayam berlada ngan mee goreng tu.
Kan...bau bawang pun tidak berubah
DeleteFirst time dengar mee telur ni Mak Cella...
ReplyDeleteSemua bekal tu sedap dan mengenangkan 👍
Kalau tak silap saya ni product dari Indonesia
Deletemengimbau kenangan Cella zaman sekolah dulu ni kak..entry dia mesti pasal bekal apa dia bawa
ReplyDeletehihihihi....dulu maknya pun rajin dan lebih kreatif...La ni asyik nasi dengan lauk ja Tak pun mee @ pasta..
DeleteDah tak serajin dulu nak bereksperimen...hihihi
Saya dah try masak mi telur, tapi lupa entah jenama apa. Saya suka teksturnya kenyal dan bentuk leper gitu.
ReplyDeleteNak kena cari jugaklah kicap Mahsuri pedas tu, memudahkan hidup 😀
Kan...mee telur ni lebih kenyal dan leper...
DeleteKicap pedas tu kalau buat masak kie teow goreng memang cukup rasa pada tekak kami
Di dapur saya wajib ada kicap pedas lemak manis mahsuri. Kalau tak ada, budak Firdaus akan ingatkan untuk beli.
ReplyDeleteSeronoklah bawa bekal ke tempat kerja.
Kawan-kawan saya pun dah ramai yang ikut-ikutan bawa bekal dari rumah.
Wah.. mcm kena cari kicap mahsuri ni.. sllu kak lin guna kicap faiza je.. 🤭
ReplyDeleteDah hampir 2 minggu SA x bawak bekal..apa nak jadi la agaknya ni...lately macam teruk sanagt penat la kak
ReplyDelete