Singgah blog Warisan Petani..Nampak wak goreng dan asam pedaskan ikan puyu siam belaannya..Teringat sambal ikan puyu masak masa balik Kedah hari tu..
Ikan puyu hasil pancingan dalam air bah..Kiranya wild perch la...hihihi
Mak tengah siang ikan puyu.Kena siang kat luar rumah sebab ikan puyu banyak sisik & ikan darat pula memang lebih hanyir berbanding ikan laut.Isi perut dia pun lebih banyak darah dan lendir.Sebab tu ramai juga tak makan ikan darat.Saya yang membesar dengan sawah dan ikan darat ni pun kalau suruh siang ikan darat ni saya akan cuba mengelak🤭🤣Masak sambal tumis daun kari .saya c&p resipi dari oldpost.
SAMBAL DAUN KARI IKAN PUYU ...
15 ekor ikan puyu
1/2 cawan minyak..
1 tangkai daun kari
1 asam keping
1 sudu teh garam
½ sudu teh gula
minyak
Bahan Blend:
20 cili kering
1 bawang besar
1. Ikan puyu disiang bersihkan dan digaul garam kunyit.
2. Goreng ikan hingga garing
3. Tinggalkan minyak anggaran ½ cawan dalam kuali
4. Tumis daun kari hingga garing
5. Masukkan bahan blend dan biar hingga garing naik minyak
6. Masukkan asam,garam dan gula.
7. Masukkan ikan puyu goreng.
8. Sesuaikan rasanya dan masak hingga kering dan naik minyak...
Sedapnyer sambal ikan puyu
ReplyDeletemesti bertambah2 nasi ni
Hehee..bagi penggemar ikan puyu memang berselera
DeleteSaya pun tak lulus kalau siang ikan puyu. Paling senang siang ikan selayang, tarik lehernya sikit keluar segala insang sampai ke hujung perut hehehehee.
ReplyDeleteHihihi...kan...ikan darat susah nak siang berbanding ikan laut
DeleteIkan puyu montel sikit dari ikan sepat..tapi,bnyk duri kecik², makan pun amik masa 😂. Dulu kecik² selalu makan ikan darat, dah besar² ni jadi xberapa suka pulaknye. Adik saya kate dasar lupe daratan 😂😂. Tapi sambal ikan tu nampak sedap betulll..hihihi
ReplyDeleteBetoi la Jaja..Adik saya Achik pun dah tak makan ikan puyu..Saya gagah lagi la sebab memang pemakan🤭
DeleteKak lin xmkn ikan sungai.. tp kagum sungguh tgk hasil tangkapan ikan hritu.. hebat la nenek cella..
ReplyDeleteNti nk cuba msk sambal ikan tenggiri bubuh daun kari ni.. kalau abg yan tak perasan kelainannya nk merajuk la.. 😁
Ikan sawah ni hanyir dia lagi kuat dari ikan sumgai sebab sungai airnya jernih ..sawah ni berselut..
DeleteSaya pun pernah buat sambal isi ayam daun kari ni kak Lin..sedap tau.Kalau tenggiri lagi la..ikan mahal tu..hihihi
Harap2 abnag Yan perasan kesedaoannya & beli gelang emas baru🥰
Teringat masa kecik2 dulu, abah bela ikan puyu, tapi bela dalam balang aje, hehe
ReplyDeleteHahaha...tu sama macam kat rumah saya swkarang ni ..ada 13 ekor ...dah bawa gi tempat kerja 3 ekor tinggal 9
DeleteSedapnya sambal ikan puyu, klu dapat yg pekasam lupa diri makan nasi bertambah
ReplyDeleteBetoi3...pekasam lagi ngam...kena ngan pulut pulak...aduhai
DeleteSedap ikan puyu. Nak-nak yg baru dipancing.
ReplyDeleteRugi depa tak mau haha...
Hihihi..dwpa tak lalu kata bau tanah...rugi kann
DeleteKompom menyelerakan
ReplyDeleteAlhdulillah.....ni mesti tengok masa tengah lapar ni...hihihi
DeleteIkan puyu antara ikan yang saya tak makan dah. Dulu masa kecik makanlah jugak. Dah besar ni lansung tak makan dah. Memang sedap tu goreng garing. Potong kepala senang sikit nak siangnya. Bab nak membasuh berkali kali tu yang leceh tu. Nampak sedap pulak masak sambal daun kari.
ReplyDeleteHehehe...spesis Achik la la ni...dulu makan..sekarang dah tak makan...
DeleteBuat dengan ikan lain pun sedap Fiza..try la kot kena dengan tekak
Ya allah..SA suka ikan puyu..cuma x pernah buat sambal lagi..nanti nak buat la...
ReplyDeleteNanti kena try ni SA..Semoga Pak Zain & Mak Pah pun suka
DeleteTeringat masa kecik, kepercayaan org India kata kalau kita bela ikan puyu kat rumah pastu ikan tu melompat keluar maknanya ada perkara tak elok akan berlaku.
ReplyDelete