Bagaimana Mendapat Doa Dari Rasulullah?
===============
1. Setiap kita barangkali rindu untuk mendapat doa dari Rasulullah. Di sini disenaraikan beberapa hadis yang menjelaskan tentang beberapa golongan yang didoakan oleh Rasulullah:
2. Lakukan Solat Sunat empat rakaat sebelum Asar. Ini kerana Rasulullah mendoakan rahmat terhadap mereka yang sentiasa mengamalkannya. Sabda Rasulullah:
رحِم اللهُ امرأً صلَّى قبْلَ العصرِ أربعًا
“Mudah-mudahan Allah merahmati seorang lelaki yang menunaikan solat sunat empat rakaat sebelum Asar.” (HR al-Tirmizi).
3. Bertugas sebagai Imam dan Bilal. Mereka yang bertugas sebagai Imam dan Bilal juga akan menerima doa dari Rasulullah. Rasululah pernah mendoakan terhadap dua golongan ini. Sabda Rasulullah:
الْإِمَامُ ضَامِنٌ ، وَالْمُؤَذِّنُ مُؤْتَمَنٌ ، اللَّهُمَّ أَرْشِدْ الْأَئِمَّةَ ، وَاغْفِرْ لِلْمُؤَذِّنِينَ
“Imam itu adalah penjamin, manakala Bilal itu adalah mereka yang dijamin. Ya Allah, berikanlah petunjuk kepada para Imam dan berikanlah keampunan kepada para Bilal.” (HR Abu Daud).
4. Membaca doa mendengar Azan. Setelah selesai dengar azan, adalah sangat digalakkan kita berdoa doa selesai azan tersebut kerana doa tersebut adalah perkara yang diajar oleh Nabi. Bahkan mereka yang membacanya akan mendapat doa syafaat dari Rasulullah. Sabda Rasulullah:
مَن قال حِينَ يَسمعُ النِّداءَ: اللهمَّ ربَّ هذه الدعوةِ التامَّةِ، والصَّلاةِ القائمةِ، آتِ محمدًا الوسيلةَ والفضيلةَ، وابعثْه مقامًا محمودًا الذي وعدتَه؛ حلَّتْ له شَفاعتي يومَ القيامةِ
“Barangsiapa yang membaca doa (doa azan) setelah mendengar azan iaitu:
اللهمَّ ربَّ هذه الدعوةِ التامَّةِ، والصَّلاةِ القائمةِ، آتِ محمدًا الوسيلةَ والفضيلةَ، وابعثْه مقامًا محمودًا الذي وعدتَه
Maka (mereka yang membaca doa ini) akan mendapat syafaat aku. (HR al-Bukhari).
5. Mengejutkan suami atau isteri supaya bangun qiamullail. Rasulullah pernah mendoakan buat suami atau isteri yang mengejutkan pasangan mereka untuk bangun qiamullail. Sabda Rasulullah:
رحمَ اللَّهُ رجلًا قامَ منَ اللَّيلِ فصلَّى، ثمَّ أيقظَ امرأتَهُ فصلَّت
“Allah merahmati buat suami (dalam lafaz seterusnya isteri) yang bangun qiamullain dan kemudian dia mengejutkan isteri (atau suami) sehingga mereka berdua mendirikan qiamullail. (HR Abu Daud)
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Terima kasih atas perkongsian MC.
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteAllahu Akbar! Doa Rasulullah tentunya dimakbulkan Allah swt
ReplyDeleteterima kasih atas ingatan dan perkongsian
ReplyDeleteKita ni sekarang masa azan pause borak lepas azan tak sempat doa.. Sambung borak. Allahuakbar.. Insofff
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteMudah2an kita mendapat doa rasulullah
Alhamdullliah bnyk jalan menuju je syurga.. Allah kurniakan untuk hambanya
ReplyDeleteSemoga dijadikan amalan dan istqomah.
ReplyDeleteTq sharing mak cella.. gud one.. 👍
ReplyDelete