Sunday, 7 November 2021

BALIK KAMPUNG CUTI DEEPAVALI

Assalamualaikum rakan-rakan maya sekelian.Rindunya walaupun tak pernah bersua muka.Walau hanya bercerita secara maya,namun terasa semuanya dekat dihati saya.Beberapa hari terasa ada yang kurang bila tidak dapat bercerita di sini.Balik kampung kali ni line agak semput.Mungkin kerana Kedah  dilanda banjir walaupun rumah kami tidak terlibat.


Perjalanan bermula terus dari tempat kerja.Dah plan sebaik habis kerja,nak terus bertolak balik Kedah.Selalu saya akan bertolak awal pagi kerana saya memang tak boleh drive malam.Kecuali la kalau dekat-dekat rumah.Tapi kali ni Adah kata dia ok saja kalau malam pun demi nak selamatkan masa..hihihi..

Kata Adah rugi nak tunggu esok pagi.Baik bertolak lepas habis kerja. Kalau sampai Kedah malam..Esok pagi dah kira ada kat Kedah 1 hari.


Alhamdulillah,awal perjalanan kami tak terlibat dengan jem.

Sebaliknya laluan hala ke selatan yang ada kalanya nampak sesak.


Sampai R&R Tapah berenti sekejap saja.Itupun saya hanya duduk di pondok wakaf sementra Ada ke toilet & beli jagung cup.

Sayup-sayup dari PLUS hi way....Lata Kinjang 


Maa syaa Allah ...
Bukit bukau dan gunung ganang diseliputi kabus petang kesan panas dan dan hujan.Sudah lama tidak menikmati pemandangan sebegini.

Mujurlah tiada hujan malam.Saya cukup risau kalau perjalanan malam disusuli hujan kerana pandangan terbatas dan tak nampak line putih pada jalan.

Masuk Penang,kenderaan memang banyak tapi masih bergerak.Mungkin mereka juga seperti kami.Bergerak pulang selepas habis kerja.

Alhamdulillah perjalanan kami lancar dari KL ke Kedah walaupun hampir 8 jam di atas jalanraya.Selalu kalau Adah drive hanya mengambil masa 5 hingga 6 jam sahaja.Mungkin sebab pemanduan siang dan malam tidak sama.


Gunung Jerai mengawan tinggi di simbah suria pagi.Semoga kita berjumpa lagi..In sha Allah


Alhamdulillah,sudah selamat kembali ke KL dan sedang membina semangat sedikit demi sedikit untuk sambung kerja esok.💪💪
...hihihi


8 comments:

  1. Bawak balek semangat kampung halaman...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah...
      Tapi macam separuh jiwa masih dikampung la🤭

      Delete
  2. Selamat bercuti dan berehat di kampung

    ReplyDelete
  3. Lata Kinjang tetap setia menyejukkan pandangan pengguna lebuhraya ke utara. Gunung Jerai gagah menyapu awan walaupun telah memberi kejutan pada kehidupan di kelilingnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar....
      Setip kali melintasi kawasan ini mata pasti menyorot Lata Kinjang yang sayup dipuncak gunung.
      Jerai tetap teguh berdiri walau pernah menggemparkan penghuni dikakinya....Menurut Achik yang oernah melawat selepas kejadian kepala air tu..Banyak landscap dah berubah.Sungai asal kering,sungai beru terbentuk.Balak bersusun dalam kebun kelapa sawit.

      Delete
  4. Alhamdulillah selamat pergi dan balik. Paling risau kalau jalan jauh ni bila hujan. Takpelah lambat sampai asalkan selamat.

    ReplyDelete
  5. Wahhh...tak pernah ke sana..Huhi

    ReplyDelete