Monday, 29 November 2021

BUAH CERMAI IDAMAN HATI BELUM BERKEMBANG

 Semalam hujan lebat.Dalam fikiran sayapastinya buah cermai kat belakang dekat nursery Pak Man tukang kebun tu kembang elok.Kecurnya tekak nak makan buah cermai.Buah yang sekian lama saya hanya pandang saja bila melintasi nak ke parkir kereta belakang tu.Tapi sejak seminggu dua ni,saya menantikan buah cermai tu kembang besar.Minggu lepas dapat beberapa biji saja yang kembang besar. Bakinya masih kecil kehijauan.


Pagi tadi,usai punch card,saya tidak terus masuk ke bilik kerja saya.Saya terus menyelinap ke belakang menuju ke pohon cermai.Sukanya hati nampak buah cermai yang minggu lepas masih kehijauan ,hari ini sudah mula kekuningan.Walaupun tidaklah begitu kembang besar,tapi jika dipilih-pilih sudah ada beberapa biji yang kembang berair.





Petik dalam 10 biji,terus masuk dalam mulut sambil kunyah penuh perasaan.Walau perut masih kosong,tidak saya peduli.Masuk buah cermai yang ke-3.Mata dah tak boleh buka luas.Masam yang amat tapi puas dapat makan buah cermai hari ni.Semalamn dok terbayang buah cermai ni.Keinginan nak makan buah cermai ni pernah saya rasa lebih 20 tahun yang lalu masa mengandungkan anak bujang sulong saya.Ketika itu merata mencari buah cermai,tapi nak dijadikan cerita memang tak ketemu.Nampak pokok cermai dihalaman orang pun semua tidak berbuah.Kat pasar malam juga hanya jual jeruk cermai,tapi tekak meminta cermai segar yang kembang kuning masam berair..Hihihihi..Nasib baik juga sebelum bersalin dapat lah sgenggam buah cermai di Batu Caves.Dapat dari seorang wanita India.Itupun buahnya baru berputik.Masih kecil dan kehijauan.Hanya ada rasa kelat dan tidak berjus masam pun.Tapi,bolehlah.asal dapat & jangan nanti anak melelh air liur kata orang..hihihi

 

Yang pasti,in sha allah esok saya akan petik lagi.Petik senyap-senyap la.Kang ada yang nampak mau dikata bunting pula..Celah mana nak bunting nya pun tak tau la...hihihi...


Dulu kat kampung lama,depan halaman rumah mak ada sepohon cermai besar. Musim berbuah,memang bertaburan atas bumi kerana buahnya leabat sungguh.Musim panas pula bila pelapah daunnya gugur,saya akan kutip himpun banyak-banyak dan ikat jadikan penyapu.Memang pelepah daun cermai seakan lidi kelapa.Bila diikat memang macam penyapu lidi.Buat sapu halaman.Selepas semua daunnya gugur,akan tumbuh pucuk-pucuk muda pila berjabak di hujung ranting.Pucuk-pucuk muda tu mak  pernah petik masak sayur lemak putih.Rasanya seakan sayur pucuk manis.

Saya juga pernah beberapa kali masak.Cari dalam old post,,,,jumpa 1 post..SAYUR PUCUK CERMAI.... kat sini 


16 comments:

  1. Terus terbayang jeruk cermai..lamanya tak makan...sedapnya la...sambil baca sambil SA kemasaman ha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi..Selalunya wanita dan asam memang ada hubungan istimewa

      Delete
  2. baharu saya tahu buah cermai masam rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. La...Tak pernah rasa yer?
      hihihi..orang lelaki jarang yang suka asam

      Delete
  3. Eiihhh..dengan kite sekali terpejam² bila memikirkan masamnye buah cermai tuu 😂. Sekarang dah susah nak jumpa pokok cermai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha...Jaja dah lepas fasa nak makan asam kan...Dah habis pantang ke

      Delete
  4. Replies
    1. Hihihi...kalau nak ngorat awek ka ngorat pakwe ka boleh makan cermai..Nanti mata terkenyit2..🤣

      Delete
  5. Laaa.. kenapa begitu sekali keinginannya, hihi. Teringat dulu, setiap kali nak ambil bas di jalan besar mesti lalu tepi pokok cermai. Sy suka jeruk cermai, kalau makan buahnya terus, sy tak sanggup, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...Manusia berubah ..
      Dari tak suka asam...Dah terkenang2 pula

      Delete
  6. Zaman kecik dulu pantang nampak buah cermai. Duk tenggek atas dahan sambil kunyah buah cermai bergugus-gugus. Sekarang ni...teringin nak makan tapi gusi dah tua huhuhuuuuu! Tak tahan masam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman kanak-kanak2 sebagai anak kampung..apa saja yg boleh makan..memang kita makan kan...Dah tua2 ni banyak dah yang kita tak tertelan

      Delete
  7. uih...bpleh tahan juga ye..panjant pokok..Saya boleh panjat tapi nak turun tak reti...hihihu

    ReplyDelete
  8. Klu dulu2 arwah mak saya akan tumbuk cili dan cermai mcm buat sambal tapi tak letak belacan, ganti sambal belacan.saya memang tak makan lah, pedas dan masam 2 in 1.

    ReplyDelete
  9. Lebat betul buahnya. Teringat makan jeruk buah cermai zaman kanak kanak dulu. Pernah cuba makan yang fresh ni tapi masam ya amat! Boleh jugak ye buat penyapu. Ingatkan daun kelapa je boleh.

    Terima kasih mama cella bertanyakan khabar. saya bercuti dan ada tetamu datang rumah. tak dapat nak jengah blog. semalam baru panaskan enjin. harini baru dapat singgah sini.

    ReplyDelete
  10. di Nilai Nogori mana nk dapat.

    ReplyDelete