Salak Siam katanya..Tapi mak saya kata macam buah kumbar atau salak hutan.Beli kat R&R Sungai Perak masa balik kampung Cuti Deepavali minggu lepas. Singgah isi minyak @ Petronas situ.Sesambil tu saya nak minum kopi & nasi lemak bungkus daun pisang.Adah makan pau ayam & pau kacang.Masa nak jalan keluar ke parking,mata nampak buah salak hutan ni kat gerai buah.Tanya gadis yang jual tu dia kata Slaak Siam.Sekilo RM14.Beli dua tongkol.Tongkol ke gugus..ke tandan...hihihi..Balik bagi Achik segugus & tinggal untuk mak segugus.Saya nampak kat rumah Achik pun tiada siapa yang makan.Untuk mak pun mak tak makan pun.Sudahnya saya la yang makan...hihihi...
Saya memang suka buah- buah rare & nadir.
Buahnya berwarna lebih cerah dan saiz kecik berbanding salak biasa tu.Kulitnya pun lebih kasar dan ada bulu-bulu kasar macam berduri sikit... kena hati-hati nak pegang & nak kupas.Sebab tu kot depa tak berminat nak makan..hihihi
Isinya lebih kurang salak biasa tapi lebih lembut dan juicy.Baunya agak harum tapi tidaklah sekuat bau salak nangka yang yang lebih wangi.
Isinya nipis melekat pada bijinya.Tidak lekang seperti salak biasa.Macam buah rambutan kampung atau rambutan hutan yang tidak lobgkah.Tidak juga rangup sebaliknya lembut berjus seperti makan jeruk kelubi.Rasa dia pula lebih kepada sedikit manis,sedikit masam dan kadang macam agak hambar.Tapi langsung tiada rasa kelat seperti kebanyakan salak biasa yang mempunyai rasa manis dan sedikit kelat.Pada saya,saya memang suka saja buah ni.Tapi rasanya tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana isinya nipis melekat pada biji susah nak bagi anak-anak makan.Risau tertelan terus.Kalau nak beli sekadar untuk nak rasa ok la..sebab rupa dia lebih menarik daripada salak biasa.
Tak pernah jumpa lagi buah salam siam/hutan ni. Baca dari rasa tu, mungkin saya akan memilih buah salak biasa tu. Suka isi buah yang lebih tebal, rangup dan ada rasa kelat sikit. nipis dan agak lembut dan tak longkah ni macam kurang sikit nak makan :)
ReplyDeletehahaha....so,kalau jumpa salak yang ni...jangan terliur🤭
DeleteOk.. nasib baik mak cella da cte psl buah ni.. bila nmpk nti, xyah la kak lin beli.. tq mak cella.. 🤗
ReplyDeleteSetakat nak tau rasa dia boleh la k.Lin..
DeleteTapi bukan untuk feel nak makan la...hahaha
Buah salak paling sedap saya makan pemberian kawan Indonesia,Buah tangan Dari Sana,bila gigit lekang isinya tebal pulak...
ReplyDeleteSalak Indo memang tak dapat disangkal lagi...memang sedap kan
DeleteTak pernah dengar salak siam,yg salak nangka indon mmg sedap. Salak Malaysia selalu dpt yg blm masak atau tuai blm matang tapi harga melangit.akak pengemar salak tapi kalu biji lebih besar dari isi kirim salam je la
ReplyDeleteSalak Siam ni memang jarang dijual merat..Agaknya tak ramai yang minat
Deletenampak kecil2 buahnya berbanding salak biasa
ReplyDeleteBetul wak...
Deletex pernah lg jumpa salak siam ni.. selamat pagi kak
ReplyDeleteJarang nampak dijual kat gerai buah...mungkin permintaan tak banyak .Selamat pagi Mim...eh dah malam baru jawab🤭
DeleteBerbulu betul salaknya tu, boleh selumbar kalau tak hati2.
ReplyDelete(bukan peminat salak)
Tu la...spesis berbulu🤭🤣
Deletetak pernah jumpa salak hutan macamni, biasa jumpa salak yg biasa besar tu....
ReplyDeleteyelah kulitnya nampak lebih berbulu kasar nak kupas mesti ssusah sikit, itu orang tak berapa rajin nak makan
Tu la...kalau orang muda memang takde la depa nak kopek makan ni...Ni dah saya memang jenis suka buah2 nadir ni..gigih la
Deleteyang pasti bukan tongkol sbb tongkol utk yang mcm jagung kan..
ReplyDelete🤣betull...
DeleteTandan kot yang betul...hihihi
First time saya terjumpa salak rupa begini sewaktu jalan-jalan ke Bangkok. Saya terus beri gelaran buah salak Siam.
ReplyDeleteLain plak rupa salak ni ..macam sama yang SA jumpa dalam hutan masa hiking awal tahun ari tu...
ReplyDelete